Tuesday 7 October 2008

Dodol Microwave

Sebagai permulaan,
Dodol Microwave terhidang...

aa22

Tersangatlah senangnya buat dodol nih..hasil perbualan aku dengan Ina/Nas kegworth seminggu sebelum raya, maka terhasillah dodol mikrowave. Selama ni tak berani nak buat sebab mikrowave aku cuma cap ayam jer...rupanya mikrowave cap ayam pun boleh jugak buat dodol..kihkihkih
Thanks Nas kerana menyakinkan aku, resipi ni aku cilok dari blog Nas Kegworth dan aku sudah ubah suai sket ikut sukahati aku...

A
250gm tepung pulut
250gm gula merah
250gm gula pasir
1-2 sudu besar tepung beras

B
1/2 cwn minyak masak
1 pint santan pekat
3/4 pint santan cair/air

cara

Campur bahan A, gaul sebati hingga menjadi seperti bread crumb...campurkan bahan B, gaul sebati. Tapis adunan ke dalam bekas tahan panas bersesuaian untuk microwave. Masak selama 30-45minit pada setting high (microwave aku 700w)..tetapi, setiap 5 minit hendaklah di kacau.

Resipi asal boleh tengok di sini

5 comments:

syazwaniadnan said...

wow!
modernized dodol?
eheheh :D

kreatif ye akk siap boleh guna m/wave lg..
hilang kempunan nk makan dodol ;)
selamat hari raya kak rozie n keluarga :)

tuan umah said...

alamak..terus telan ayak liur..ok tak ?rasa ori ke lain sikit..

**gmbo kek yg pertama tu cantik..en hubby ambikkan jugak ke?**

Rozie said...

CT..rasa hampir-hampir ori, akak ada tgk satu lagi resipi yg tak letak tepung beras..nnti kalau dah try akak kasi report ekss...Resipi akak ni ,kalau pakai santan pekat mungkin penggunaan minyak boleh dikurangkan,kalau santan tak berapa pekat kena tambah skit minyak kalau nampak dodol tu tak berkilat...try ler

Rozie said...

gambar kek yg pertama tu akak amik sendiri...

Ayaana Nayla Health and Beauty said...

oo,ok,nanti bila cuba,kita kasik repot sama kak rozie..

**cumil la kek yg pertama tuh..deco dia m cm kt kedai,simple jerk.leh la bikin bisnes pulak pasni.**