Showing posts with label Roti. Show all posts
Showing posts with label Roti. Show all posts

Sunday, 7 June 2009

Roti

Buat roti sosej...buat 1 1/2 adunan, satu adunan untuk buh sosaj...1/2 adunan lagi aku buat bun biasa, letak inti daging lebih inti mertabak yang aku buat minggu lepas(entry mertabak tak buh...sbb lupa amik gambo mertabak dah abis)

resipi dah pernah letak kat sini....aku pakai resipi roti sosej fendi MyR

Photobucket

Monday, 30 March 2009

Mix Vege Bread

Photobucket

Dah 3-4 kali buat roti ni...rupanya blum pernah letak resipi ni kat blog lagi...

Resipi ni aku ambil dari MyR...oleh kak DianA(blogger resipiDiana)

Sedap,rasanya sama seperti yang biasa aku beli kat Baker Cottage di Serdang....

Maaf kak Diana, aku kopipes jer ni...mmg sedap!

Cuma aku derhaka skit jer...guna tepung roti sahaja, sayur pun tak letak sbb anak2 tak suka, aku ganti dengan sweet corn, bread improver tak letak...susu tepung aku ganti dengan 250ml fresh milk, sukatan 250ml air aku abaikan...eheheh ... (alhamdulillah menjadi juga)

resipi kat bawah ni adalah resipi asal Kak D.

Bahan-bahan ( 10 - 12 biji )

  • Bahan A
  • 440 gram tepung roti/ high protein flour
  • 60 gram tepung superfine
  • 100 gram gula
  • 1 sudu teh garam halus
  • 30 gram (2 sudu besar) susu tepung
  • 1 sudu teh bread improver
  • 4 sudu teh (1 paket) yis kering
  • Bahan B
  • 250 ml air
  • 1 biji telur (pukul sikit)
  • Bahan C
  • 80 gram shortening
  • Untuk Inti Sayur Campuran
  • sayur campur
  • crabstick, disiat-siat
  • mayonnaise

Cara-cara

  1. Mixedvegebread1-letakhotdog
    Canai doh empat persegi dan letakkan hotdog dihujung doh.
  2. Mixedvegebread2-gulunghotdog
    Kemudian gulung doh yang mengandungi hotdog.
  3. Mixedvegebread5-lebihmudahpotongdan
    Letakkan gulungan roti hotdog diatas loyang dan mula bentukkan roti. Menggunakan gunting potong serong 45 darjah. Setiap kali gunting tolak doh yang telah digunting kekanan dan kekiri berselang seli sehingga habis.
  4. Mixedvegebread6-3rdtrybentukkan
    Beginilah hasil roti yang telah dibentukkan.
  5. Mixedvegebread8-walaaarotiyangdiben
    Roti yang telah dibentukkan.
  6. Mixedvegebread9-rotisetelahdiperap
    Roti yang telah diperap dan hendak dibakar.
  7. Mixedvegebread10-chilliandmayonaise
    Sos cili dan mayonnaise yang D sediakan didalam beg plastik supaya mudah untuk paipkan diatas roti.
  8. Mixedvegebread11-pipesoscilidanmayo
    Bila roti telah 3/4 masak taburkan atasnya dengan mixed vegetables dan bakar selama 3 minit. Kemudian paipkan sos cili dan mayonnaise dan bakar lagi selama 3 minit.
  9. Untuk Inti Sayur Campuran - Bahan diatas digaul rata. Roti yang telah dibentukkan disapu dengan 1 biji telur yang telah dipukul dan dicampur dengan 1 sudu besar susu segar. Kemudian bakar setengah masak. Keluarkan dan letakkan mixed vegetables filling diatas roti dan juga sapu sedikit lagi bancuhan telur ditepi roti. Sambung bakar sehingga warna serata. Bila roti telah masak, keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega. Ini supaya roti lembut. Kemudian pipekan sos cili dan juga mayonnaise. Masukkan kedalam oven selama 1 minit dan keluarkan. Sedia untuk dihidang.
  10. Untuk sos cili, D gunakan sos cili Maggi yang D bancuh dengan air panas dan tambahkan dengan sedikit gula. Agar sosnya tidak terlalu pekat.
  11. Cara menyediakan Doh Roti
  12. Masukkan bahan B dalam A. Uli hingga adunan agak licin.
  13. Masukkan bahan C dalam adunan dan uli hingga adunan jadi licin dan tak melekat di tangan dan bekas.
  14. Biarkan doh selama 30 - 40 minit.
  15. Tumbuk2 doh dan uli untuk keluarkan angin. Ini penting untuk hasilkan roti yang tidak berongga besar di dalam.
  16. Bahagikan doh kepada 70 gram untuk membuat Mixed Vegetable Bread. Bulat2kan doh. Rehatkan 10 minit.
  17. Keluarkan angin dari doh dengan cara memicit dan bulatkan sekali lagi.
  18. Biarkan hingga naik 40 minit - 1 jam.
  19. Bakar hingga masak.
  20. Nota: Boleh juga masukkan kesemua bahan dalam breadmachine dan tekan DOUGH untuk menguli adunan roti.

Sunday, 15 March 2009

Bun Kacang Merah

Photobucket

Thursday, 12 March 2009

Roti Marble

Photobucket

Resipi Roti ni aku amik daripada MyR...
nampak cantik jer kan...tapi dalamnya mentah...waaaaaaaaa
sebab aku baru nk pecahkan dara oven baru...hua..hua.hua
dah kurangkan suhu, tapi masih lagi teramat panas...

sehari dua lepas projek roti marble ni aku buat ler project kek Chiffon
pun jadi rentung jugak...:(

tapi skrg masa aku tgh menaip entry ni, oven baru aku dah stabil sket...!

Tuesday, 10 March 2009

Croisant Sandwich

Photobucket

Croisant tu beli jer kat bakery..buh ler tuna,mayonis dan salad-salad skit untuk bekal anak ke sekolah.

Dulu masa mengandung anak sulung(tahun 2000), buat check up kat PPUM...lepas check up tu memang kebulur sebab tak makan sejak pagi. Biasa ler 7.30am amik no giliran...kul 12pm blum tentu selesai buat check up.
Masa tu masih ada lagi Donkin donut kat car park tepi gate PPUM, ni ler menu yang selalu aku beli..kadang-kadang letak ayam...perghhhh memang best, lebih-lebih lagi masa tengah lapar giller!!!

Thursday, 15 January 2009

Roti Cincin

Collage84

Idea asalnya adalah daripada kak Umi_e@myr...pernah buat sebelum ni, kali ni aku ikut idea kak Umie tapi menggunakan resipi belasah jer., kes malas nak belek buku resipi..hikhik. aku ubah suai sket, shape pun aku tak buat shape cincin sebab tembam sangat..kikikiki

Senang jer...cari ler apa-apa resipi roti yang ada dalam simpanan, (resipi donut pun bole)..
canai nipis, taburkan gula pasir mengikut paras kemanisan masing-masing. Taburkan kismis dan gulung..kelar permukaan atas roti dengan pisau/ gunting.Biarkan naik 2x ganda. Sapukan bahagian atas roti dengan campuran telur dan susu. Taburkan bijan. Bakar dengan suhu 200C hingga kekuningan...

siap!!

Thursday, 8 January 2009

Roti Arab

Roti Arab kakFiza yang pemes kat MyR...
terangkat makan dengan kari daging, kari ayam atau sardin...
kali ni aku cicah dengan kari ayam...sekali ngap 4 ketul...pas tu kenyang sampai malam, memang berbaloi!!!

arab

resipi jap agi ler...

Bahan A

5gm yis kering
1/2 sudu besar gula
1/4 cawan air

Bahan B

250gm tepung gandum
1/2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu margerin/butter
100 ml susu cair/ aku guna susu segar
Minyak untuk menggoreng(deep fry)

Cara

Bancuh bahan A dalam sebuah mangkuk- ketepikan (10-15 min) biarkan yis kembang

Gaul tepung, gula,garam dan butter hingga sebati, masukkan bancuhan yis(bahan A)..gaul rata.
maskkan susu sedikit demi sedikit hingga adunan boleh diuli...jika adunan melekit, jangan tambah tepung...biarkan sahaja. Perap selama 1 jam atau hingga adunan mengembang.

Bila adunan sudah kembang, tumbuk2kan untuk mengeluarkan angin yang terperangkap. bahagikan doh kepada 8-10 bahagian.

Canai kesemuanya anggaran setebal lebih kurang 1/4 cm. Susun di atas tray yang telah ditaburkan tepung.

Goreng dengan minyak yang banyak...ketika menggoreng simbah-simbahkan bahagian atas roti dengan minyak panas untuk mengelembungkannya...angkat roti arab bila dah kekuning-kuningan...

siap!

Friday, 2 January 2009

Roti Jala

jala

Sorry tak ada resipi yg specifik...belasah jer, campak-campak!!

3 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur
1 sudu minyak masak
air secukupnya~ tak dapat bg sukatan sebab main bedal jer!!

**masukkan semua ke dalam blender...kisar halus.
pakai acuan untuk menjalakannya...best makan dengan kari ayam!
kegemaran anakku!!

Wednesday, 5 November 2008

Roti sosej

buat untuk kesekian kalinya


roti


Resipi di sini

Wednesday, 29 October 2008

Cream Cheese Bun

Resipi yang di ambil dari rumah Rinchan, asalnya dari rumah Yochana..Adik beradik dengan Mexican Bun

Collage57

Bahan Bun

325 high protein flour
1 camca teh bread improver
1/2 camca teh garam halus
1 1/2 sudu besar susu tepung
60gm gula caster
120ml air
10gm yis
1 biji telur
45gm margerin/butter

**masukkan dalam breadmaker..tunggu siap. tumbuk2 doh, biarkan 15-30min. Bahagi doh kepada saiz-saiz kecil( 10-12 biji bergantung kepada saiz). Masukkan inti cream cheese di tengah, bulat-bulatkan. Tunggu doh naik 2x ganda. Putarkan mexican topping(seperti dalam gambar) di atas bun sebelun di bakar. Bakar bun selama 5-10 min dengan suhu 200C.

Bahan Inti Cream Cheese

120gm cream cheese
30gm icing sugar
1/2 camca teh esen vanilla

**Putar hingga berkrim guna hand whisk.


Mexican Topping

75gm butter
60gm icing sugar
1/2 camca teh vanilla
1 biji telur, pukul sedikit
75gm tepung kek(aku guna self rising flour jer)
sedikit instant coffee

** Putar butter dan gula hingga berkrim, masukkan telur dan putar lagi, masukkan esen vanilla dan instant coffee. Masukkan tepung dan putar lagi hingga sebati.

Monday, 18 August 2008

Donut

Buat lah resipi yang pelik-pelik dan canggih macam mana pun...namun, cucur bawang dan donut jugak yang menjadi pilihan familiku...cesss!!

Collage21

Thursday, 7 August 2008

Bun dan Daging Burger

Collage8

Resipi Yani@myresipi..resipi di atas selepas aku adjust sket

Monday, 21 July 2008

Donut

Jom makan donut... Resipi Yani@myresipi


DSC_1194


Bahan

200gm tepung roti
20gm gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil dry yeast
140ml susu segar
20gm butter
minyak masak untuk menggoreng
gula untuk dusting/gula caster/icing

Cara

Masukkan semua bahan-bahan ke dalam breadmaker, pilih menu dough..tunggu hingga breadmaker siap menguli.
Uli doh dengan tangan, buangkan anginnya.
taburkan tepung di atas papan canai, canai dough dan terap menjadi bentuk donut
biarkan sekejap, hingga adunan naik dua kali ganda, dan permukaan donut licin/gebu.
Goreng dengan api yang sederhana hingga kekuning-kuningan.
Taburkan gula.

kali ni mamavogue ubah selera, try buat donut macam kat donkin donut tuh...menggunakan white chocolate dengan chocolate rice...

Thursday, 14 February 2008

Roti Sosej

Resipi Yani@myresipi..TQ

dah selalu buat...
Lagi satu kes malas, kopipes jer...ekekekek


Bahan
  • 175g tepung roti(white flour)
  • 25g whole-wheat flour(brown color)- aku guna tepung roti biasa
  • 10g gula halus
  • 3g dry yeast
  • 12g butter
  • 130ml air/fresh milk
  • 6 batang sosej
  • telur untuk sapu
  • 3g garam
Cara
  1. Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker. Setkan untuk buat doh. ON!.
  2. Keluarkan angin dan bahagiakan kepada 6 bahagian. Buatkan bentuk bulat. Rehatkan selama 10~15 minit.
  3. Sementara tu, rebus sekejap sosej dan sejatkan.. atau boleh bakar sekejap dgn toaster
  4. Ambik satu doh roti. Buat bentuk panjang lebih kurang 20~30cm. Lilitkan pada sosej. Buatlah sampai habis.
  5. Penaikkan roti sehingga 2 kali ganda sebelum dibakar.
  6. Sapukan roti dgn telur. Bakar pada suhu 180C selama 12~15 minit.
  7. Sejukkan roti di atas radar kek

Monday, 11 February 2008

Croisant

Kopipes dari Myresipi.com, sumbangan S_Shamen

Bahan
  • 500gm tepung gandum
  • 90gm gula
  • 350ml susu suam
  • 340gm butter
  • 15gm yeast
  • sedikit garam
  • telur untuk kilatkan croissant
  • tepung untuk dusting

Cara
  1. Masukkan tepung, gula, garam, yeast & susu kedalam mixer, pukul selama 8-10 minit. Dah siap pukul, tabur2kan tepung sikit (dust), cantik2kan doh tu sikit & biarkan dia naik 2 kali ganda (1.5 - 2 jam). Seeloknya tutup dengan towel basah.
  2. P1010001
    Sementara tunggu doh naik, kita siapkan butter. Letakkan butter di atas cling wrap & tutup dia atasnya dengan cling wrap. Penyekkan dengan tangan sikit, & lepas tu lenyekkan dengan roller pin. (jadikan dia bentuk 4 segi). Tak jadi 4 segi pun takper..Lepas tu simpan mentega tu dalam peti sejuk sekejap sementara tunggu doh naik. (jgn sampai terkeras sangat pulak mentega ni nanti, agak2..) butter ni saya lenyek panjang sangat..kalau u all buat, pendekkan sikit
  3. P1010002_1_
    Bila doh dah ready..kita canai doh supaya jadi 4 segi panjang. letakkan mentega di tengah doh & lipatkan doh tersebut (mcm kita lipat kain) supaya bertemu antara satu sama lain). Pasti kan doh cover kesemua butter yag kat dalam tuu.
  4. 04042007_001_
    Bila dah lipat, kita canai lagi sekali. Kali ni..pastikan lipatan yang bertemu mula2 tadi dalam posisi menegak (12 o'clock & 6 o'clock). Canai memanjang dan lipat lagi sekali. Balutkan dengan cling wrap dan simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
  5. Keluarkan dari fridge, canai lagi mcm proses no 3, dan simpan lagi dalam fridge. Bila dah cukup 30 minit..keluarkan dan ulang lagi proses yang sama..dan kali ni..simpan overnite dalam fridge.
  6. 05042007
    Bila nak mula shaping..keluarkan dari fridge..dah belah dua doh seperti dalam gambar.
  7. 05042007_002_
    Canai nipis doh senipis 0.4 - 0.5 cm dalam bentuk 4 segi memanjang. Kemudian kemaskan bahagian tepi doh degan pisau. Potong doh seperti dalam gambar.
  8. 05042007_003_
    Gulung doh dari bawah ke atas, seperti dalam gambar. Ulang sehingga habis. Rehatkan untuk doh membesar 2 kai ganda. Sapukan telur di atasnya dan bakar (15 minis - 190C).

Sunday, 27 January 2008

Bun Ayam


Demam Roti daaa

Resipi asal adalah daripada Bun tuna simple/Alma@myresipi
aku ubahsuai skit ikut bahan yang ada dalam simpanan, maka jadi ler Bun Ayam

  • Untuk doh:
  • 90ml air
  • 90ml susu segar
  • 20g butter
  • 1 sdk garam
  • 1 sdb gula
  • 330g tepung roti
  • 1 sdk instant yeast

  • Untuk inti:
  • Inti kentang + ayam(lebih inti karipap semalam daaa)
  • Untuk glaze & toppings:
  • 1 sdk susu segar
  • 1/3 biji telur
  • Sedikit sesame seeds (bijan)

Cara-cara

-Masukkan semua bahan doh ke dalam breadmaker, tunggu hingga proses selesai.
-Keluarkan doh daripada breadmaker, tumbuk-tumbuk keluarkan angin.
-Bahagi doh kepada 10 bahagia, ambil satu leperkan sedikit kemudian sudukan inti kentang ditengah-tengah dan tutup rapat-rapat..ulang hingga selesai.
-Panaskan oven dengan suhu 190C
-Susun di atas dulang pembakar, biarkan doh naik 2x ganda daripada bentuk asal.
-Pecahkan telur, ambil 1/3 daripadanya, campurkan susu segar. Sapukan di atas permukaan bun, taburkan sedikit bijan.
-Bakar bun selama 10-12 minit atau hingga kekuning-kuningan

Roti Burger


Ikut Resipi Yani kat Blog Shamen...Tapi versi yang aku buat tak ler secantik Roti Burger shamen .Yang ni macam tak cukup suntikan botok, ekekekekeke!!! Anyway memang sedap, hb aku pun kata sedap

Monday, 14 January 2008

Pau Simple

Resipi yani@myresipi...tengok gambar jer dulu eksss!!


Wednesday, 9 January 2008

Donut kentang


Resipi Kakjun...aku buat 1/2 adunan jer, byk jugak kena kurangkan air dari sukatan yang diberi...aku tak ada susu tepung, so air tu aku ganti dengan fresh milk

Tuesday, 20 November 2007

Akhirnya....



menjadi jugak chapati aku....

Bahan

500gm tepung chapati
250gm air
garam
1 sudu besar minyak masak


Cara

-Masukkan semua bahan , uli hingga menjadi doh yang lembut
-Bahagikan kepada 10-12 bahagian, bulat-bulatkan dan lumurkan dengan sedikit minyak lagi
(sedikit saja >< 1/2 sudu teh untuk setiap doh kecil)
-Panaskan pan leper
-Canai doh menjadi nipis, masukkan ke dalam pan, sapu minyak sedikit-sedikit jika perlu
-Balik-balikkan hingga masak
-Sedapnya makan dengan kari daging