Wednesday 31 December 2008

Pop Corn

popcorn

Layan selera anak-anak lagi...

just ikut jer direction kat label jagung yang khas utk buat popcorn...

Panaskan pan yang tahan panas, dan tebal supaya boleh memerangkap haba lebih lama...masukkan 1 cawan jagung popcorn, tutup pan dengan penutupnya atau kalau pan tu tak ada penutup pandai-pandai ler cari apa-apa untuk cover.

Sementara itu, panaskan 2 sudu besar butter dan masukkan 3 sudu besar gula(nak manis tambah lagi gula)...biarkan gula larut dengan api yang kecil...

Berbalik kepada popcorn tadi, beberapa minit lepas tu akan terdengar bunyi 'Pop'...biarkan sahaja, tunggu hingga bunyi tu makin kurang sambil-sambil tu goyang-goyangkan Pan supaya popcorn jadi sekata dan permukaan yang di bawah tidak hangus...

Bila dah puas hati, pindahkan semua popcorn ke dalam bekas lain...kemudian terus masukkan larutan gula dan butter tadi kedalam popcorn dan gaul sebati..siap untuk di ngap ketika menonton movie favourite malam New Year...eheheh

Chiffon Strawberry

straw


Buat untuk anak-anak...
Lembut dan gendut


Bahan

A
6 biji putih telur
3/4 sk cream of tar-tar ~ aku guna 1/4 sk lemon juice
B
6 biji kuning telur
100gm gula
120gm selfrising flour
1 sudu strawberry emulco + 7 sudu air biasa
5 sb minyak jagung(aku guna vege oil)

Cara
A
-Pukul telur dengan cream of tar-tar hingga bertanduk(bila diterbalikkan adunan telur tak tumpah)
B
-Dalam bekas lain, pukul kuning telur dan gula hingga sebati dan gula hancur
-masukkan campuran strawberry emulco bersama air
-masukkan minyak,gaul sebati
-masukkan selfrising flour yang telah diayak. gaul sebati

Campurkan adunan B ke dalam adunan A, gaul sebati(kaup balik) dengan menggunakan spatula
tuang ke dalam Chiffon mould dan bakar dengan suhu 160C-170C selama 45-50 minit.

Penting: Apabila kek dah masak, terbalikkan kek sebaik sahaja dikeluarkan daripada oven dan biarkan sejuk.

Tom Yam Ayam

Big Bos balik Malaysia...so kemalasan melanda, masak Tom Yam jer untuk makan tengahhari membawa ke malam...sib baik bebudak tak banyak kerenah, makan jer apa yang aku masak...

tomyum

Monday 29 December 2008

Buttercream Roses

Semalam macam gatal tangan jer nk main BC...sementara ada mood R ni kannnn.
Tahun lepas ada gak try buat BC roses ni, tapi fail...nak shape roses ni boleh lah jugak tapi bila part nak transfer dari flower nail ker kek yang di doke trus hancusss...

Semalam aku cuba lagi lepas dah surf kat youtube dan bincang ngan member kat MyR...peralatan tak lengkap...flower nail memang tak ada...aku cuma ada kon jer...tapi kon wafer plak tak ada...last-last aku try atas botol jer...huhuhu.

Alhamdulillah menjadi pulak, happy rasanya...tranformasi dari botol ke atas tray pun nampaknya lulus...ehehehe. Cuma lepas ni kena banyak praktis lagi sebab deko masih tak kemas...

bc

Saja aku pakai BC putih jer, sebab sayang pulak nak letak warna, kalau reject boleh buat semula, pas tu tray hitam tu konon-konon kek ler...hikhik...dah main BC, kaut balik semua dan simpan dlm bekas..nnti bila2 nak pakai senang kerja..

Tunggu plak kek Icing bersama roses dari aku yang bakal menyusul..soon!!

iskkk, berdebar makcik..hikhikhik

BC buat roses ni aku pakai resipi sukahati aku jer...
actually, kalau tengok yang pakar...mereka buat BC untuk roses ni menggunakan shortening sahaja tanpa butter...dan sukatan gula yang tersangatlah banyaknya. kekentalan BC bergantung kepada jumlah gula...makin banyak gul icing maka semakin kentallah BC yang terhasil dan lebih mudah untuk membuat bunga ros...
Penggunaan shortening yang melebihi butter juga dapat menghasilkan BC wang putih gebu...

Ini resipi yang aku buat untuk menghasilkan roses dalam gambar...

125 gm butter
125 gm shortening
300gm icing sugar(di ayak)

Pukul Shortening dan Butter dengan kelajuan tinggi hingga lembut gebu...tukar speed mixer kepada kelajuan perlahan, masukkan icing sugar..pukul hingga sebati dah BC memutih..
bolehlah mendeko...

Sunday 28 December 2008

Puding Susu Buah-buahan

Resipi Kak Jun...kopipes dari MyR

Collage81

Bahan-bahan ( 1 loyang besar )

  • 1 paket serbuk agar2 (11gm)
  • 2 biji telur
  • 4 cawan air
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 cawan gula
  • 2-3 sudu besar tepung kastad
  • 1 tin fruit cocktail

Cara-cara

  1. masak agar2 dengan air dan gula hingga larut.
  2. pukul telur dan campurkan tepung kastad, kacau rata dan ketepikan.
  3. bila campuran agar2 larut, masukkan susu cair. bila mendidih, masukkan campuran telur dan tepung kastad. masukkan fruit cocktal.
  4. masukkan kedalam loyang atau acuan disukai. sejukkan dan hidangkan.

Wednesday 24 December 2008

Nasi Butter(Mediterranian)


Nasik yang masih dalam rice cooker...Sedap makan dengan Daging Masak Hitam!

Daging Masak Hitam


Resipi ibu mertuaku...Penang Mari!

Semenjak 2 menjak ni terabai ler skit Dapur aku nih...sebabnya...

1. CPU dah nazak..nk safe gambar kt hard disk pun tak berani sebab takut makin berat..
2. Hb balik Malaysia, so layan feeling kat Coretan Hati...sedikit sebanyak terabai ler dapur nih.

ampunnnn...lepas CPU dah pulih baru ler rakus balik mengemas dapur ni, byk koleksi dan laporan yg nk di tayang sebenarnya....tapi apa kan daya! setakat tengok-tengok jer atau taip-taip boleh ler..nk upload gambar x berani sgt takut KO terus PC nih nangis plak aku nnti tak leh surf tenet..Apape pun kena tunggu Hb balik sini dulu baru leh bawak CPU ni pi spital...

ini resipi Daging masak hitam yang MIL aku dapat dari seorang makcik keturunan mamak Penang..., So resepi pun ada skit-skit unsur-unsur purba...eheheheh..layan!!

1/2 kati daging
4 ulas bawang merah
4 tangkai cili kering
1/2 inci halia
1 1/2 sudu besar jintan manis
1/2 cawan kicap
garam dan gula
1/2 cawan air asam jawa
1 biji bawang besar di potong bulat
3 tangkai daun kari
Minyak masak

* tumbuk halus bawang merah, halia, cili kering, dan jintan manis.
-Daging ,kicap, garam,gula dan bahan tumbuk digaul sebati dan perap selama 1/2 jam.
-Masukkan daging yang di perap tadi ke dalam periuk, rebus hingga empuk dengan api yang kecil..tambah air jika perlu.
-Bila daging dah empuk, masukkan air asam jawa...biarkan mendidih
- Dalam kuali, panaskan minyak masak. Tumiskan daun kari dan bawang besar hingga layu dan wangi,masukkan ke dalam periuk daging tadi bersama minyaknya sekali.
- Bolehlah dihidangkan...

Saturday 20 December 2008

Laksa Beras

Dulu, masa mula-mula kenal laksa tak pernah pakai yang segera memang buat jer.

Sejak dah pandai pakai laksa segera langsung tak pernah buat laksa beras ni hinggalah suatu hari, masa aku buat open house hari tu terbeli laksa yang hampeh...kuah laksa dah buat seperiuk besar, tapi..terbeli laksa jenama cap "jamban" memang langsung tak boleh recycle yang terpaksa di 'tongsampahkan'...dalam waktu sangat singkat dan agak panic tu barulah teringat semula pasal Laksa Beras, stok tepung beras pun mantap dalam simpanan...Sib baik sempat jugak buat untuk menjamu para tetamu..Alhamdulillah majlis berlangsung dengan jayanya.

Sekarang ni dah tak beli Laksa segera, buat jer lagi senang! Resipi campak-campak tapi tak pernah tak jadi...cuba arr!!

laksa

Bahan

500gm tepung beras
air panas mendidih secukupnya
acuan maruku
Periuk pengukus

**Masukkan air panas mendidih secukupnya ke dalam tepung besar, gaul dengan senduk kayu sehingga adunan boleh di kepal-kepal.
Panaskan kukusan
Masukkan adunan ke dalam acuan maruku, tekan ke dalam periuk pengukus. Kukus selama 5 minit atau hingga masak.
Setelah masak, masukkan laksa tadi ke dalam air sejuk(air paip) sekejap sambil di kirai-kirai sedikit kemudian toskan airnya
sedia untuk dihidangkan

laksaaa

ini laksa malas!!...huhuhu

Saturday 13 December 2008

Swiss Roll Tembam wif fluffy Buttercream

Resipi Diana...cedok dari MyR

Pavlova Lapis Coklat

Resipi kak Alma, tak berapa menjadi Pavlova ni...mungkin aku perlu turunkan suhu oven kot sebab rasanya dah sedap tapi tak crunchy walaupun warnanya tukar jadi brown..Aku buat ni pun sebab nak abiskan balance putih telur lepas aku buat Swiss Roll Tembam...

resipi aku ambil dari My Resipi..

Apple Pie

Almond Cookies


Resipi Mat Gebu...

Thursday 11 December 2008

Popia

popia

Tiba-tiba teringin nak makan popia...kulit popia ni dah berjaman kat dalam freezer, bayangkanlah...asalnya kulit popia tu aku nak wat batang buruk masa Raya Puasa lepas, tapi sampai ke hari ni dok post maut jer kat dalam freezer...
So, tibalah masanya aku buat ...itu pun seru datang tiba-tiba jer memang tak prepare apepe, selongkar jer apa yang ada kat dlm peti ajaib ala doraemon tuh..jumpa kobis yang dah tinggal saki baki kat dalam fridge aku hiris nipis-nipis, nampak macam sikit jer then aku belasah jer campurkan dengan timun, pun aku hiris nipis-nipis, bolehlah untuk buat inti popia...muahhaahahaha.

Jumpa pulak udang ada skit kat dlm fridge, aku belasah jer campur sekali dalam sayur kobis..aku tinggalkan separuh daripada inti sayur tu tanpa udang untuk geng-geng alergik . Separuh lagi ber udang khas untuk aku!

Dapatlah dalam 12 bijik popia semuanya..6 bijik untuk depa yang alergik udang(kongsi-kongsi ler kan) dan 6 biji lagi khas untuk aku sorang, boleh gitu?!! ekekeke..

makan dengan sos cili sempoi haku!! terangkat beb!

Kari Ikan Tenggiri ala utara

ikantenggiri

Style my MIL..

Orang utara memang buat style cenggini..betulkan kalau aku salah key...Sedap sebab rasanya masak-masam sket dan tahan lama.. Lebih kuah kari ni leh cicah ngan jemput-jemput bawang atau roti canai untuk breakfast keesokkan harinya.
Berbeza dngan style mak aku buat kari ikan( org N9)..Orang N9 pakai banyak santan dan tak letak halba campur...tak pakai asam jawa, letak asam keping jer...
Meh ler tengok orang Penang punya kari ikan...ini ikut style aku mengikut pemerhatian aku masa MIL aku memasak..
Sorry...sukatan ni biasanya aku belasah jer, kali ni aku cuba sukat..so adjust ler mana-mana ikut selera masing-masing.

Bahan

3-4 potong ikan tenggiri
2-3 sudu Rempah kari ikan- Biasanya aku guna Jenama Babas
1 sudu besar halba campur
beberapa tangkai daun kari
3-4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cawan air suam
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan santan cair
1/3 cawan minyak masak
Sayur Bendi secukupnya

Panaskan Minyak
Tumis daun kari dan halba campur hingga naik bau.
Masukkan hirisan bawang putih dan bawang merah. Biarkan kekuning-kuningan.
Campurkan rempah kari bersama dengan air suam, masukkan ke dalam bahan tumis tadi..biarkan 5-10 minit, selalu di kacau.
Masukkan air asam jawa, didihkan lagi..
Masukkan santan cair, didihkan.



Masukkan ikan, didihkan 5-10 minit dengan api yang kecil.
Akhir sekali masukkan sayur bendi, renih lagi hingga bendi masak...
bolehlah dihidangkan..

Tuesday 9 December 2008

Habis sudahhh

Semalam bikin skit-skit rumah ni..tukar sini skit..sana skit..buang mana yang tak patut. sapu sawang-sawang..lagu raya aku dah buang, tukar semula lagu Anuar Zain.
Tah macam mana tiba2 my contact list terpadam sama, tak perasan button apa yang haku picit. So, haku dah kehilangan senarai kengkawan-kawan..aduissss, mcm ner nak buat nih!

Sunday 7 December 2008

Selamat HAri Raya Aidil Adha


Salam Aidiladha untuk semua pengunjung Blog ini...kali ni tuan rumah tak ada juadah istimewa untuk hari raya.life macam biasa jer kat sini..pi skolah..pi kerja...macam ni ler hidup merantau...

Indahnya suasana di Masjidil Haram tu kan...insyallah suatu hari nanti aku juga akan ke sana...aminnn

Friday 5 December 2008

Beehoon Sup

2 minggu lepas aku ke Manchester..ada jamuan makan-makan, salah satu hidangannya ialah beehoon sup...

hoosup

Kes tak puas makan, balik rumah aku buat pulak...
Resipi biasa-biasa jer, tak ada yang luar biasa!
Tengok gambar jer lah key..

Gingerbread Cookies

ginger

Ryan buat cookies ni kat sekolah..dengan bangganya dia bawak balik tunjuk kat family..dapatlah sorang 3 keping shape orang..Dia orang panggil Gingerbreadman cookies..Satu dia bagi kat best friendnya.satu lagi dia makan dan sekeping lagi dia bawak balik ke rumah untuk kami rasa sorang sikit...
Sejak daripada hari tersebut dia tak sudah-sudah paksa aku suh buat Gingerbread cookies ni..actually tak perlu buat pun, berlambak2 jual yang dah siap kat kedai..tapi si anak bujang aku sorang ni excited sgt suh aku buat. Dekat 2 minggu gak aku tangguh projek ni, kesian pulak tengok muka dia...so, aku buatkan lah. Shape orang tak ada so aku buat bulat jer....itu pun dia dah cukup happy!

Bahan
420gm tepung gandum
1/4 sudu kecil garam
3/4 sudu kecil baking soda
2 sudu kecil serbuk halia
1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
1/4 sudu kecil serbuk buah pala
1/4 sudu kecil serbuk bunga cengkih
113gm butter
100gm gua(boleh kurangkan)
1 biji telur gred A
160ml gula apong(boleh gantikan dengan golden syrup)

Cara

Ayak tepung bersama baking soda ,serbuk halia dan semua rempah-rempah.
pukul butter dan gula hingga kembang dan gebu, masukkan telur dan gula apong@golden syrup gaul sebati.
Campurkan bahan-bahan yang telah di ayak, sebatikan. (Doh memang agak lembut)
Bahagikan doh kepada 2 bahagian, setiap satu dibungkus dengan plastik atau cling film.
Simpan di dalam peti ais selama sekurang-kurangnya 3 jam atau semalaman.
shape kan cookies, bakar dalam oven bersuhu 177C selama 10-12 min(hingga masak)