Friday, 19 February 2010

Kek Birthday


Last cake before pack all the baking stuff...
Happy Birthday to my daughter Rissa Nadia..
15 Feb 2010~ 4 years old.

Kek ni dah selalu buat...resipi ada dalam blog ini...
cuma kali ni aku buat kek coklat kukus sebab oven aku dah gol,
api bawah oven dah tak berfungsi..yg tinggal cuma api grill shj.
Untuk topping ganache ,aku guna milk cooking chocolate..
so kolornya agak pudar dan kurang menyerlah..
kalau pakai dark cooking chocolate baru nampak lebih umph kan!

Atas permintaan my doter, kek coklat ni aku hias dengan gambar princes edible image dan sedikit hiasan bunga ala2 sun flower tapi kolor pink...

Actually image princess tu aku beli dr Ebay, aku ingatkan ready to use...
tapi rupanya image princes tu cuma di print pada rice paper shj...
so, tak sesuai utk terus letak atas coklat kek tu...
terpaksa lah aku alter skit dengan menampal image tu atas fondant yg aku gelek nipis.
aku gunakan golden sirap sebagai agen pelekat...lepas tu baru ler boleh hias atas kek..

ni Resipi kek coklat yag aku ambil dari MyR..
kopipes sj...
  • Bahan A
  • 2 Biji telur (kalau kecil 3 biji)
  • 1 Cawan minyak masak
  • Sedikit Esen vanilla / coklat
  • 1 cawan gula
  • Bahan B
  • 2 Cawan tepung gandum
  • 1 Cawan serbuk koko
  • 1 Sudu kecil soda bikarbonat
  • Bahan C
  • 1 Cawan susu pekat manis
  • 1 Cawan air masak

Cara-cara

  1. Blend bahan A
  2. Ayak bahan B
  3. Campur sebati bahan C
  4. Bahan A dicampur ke bahan B
  5. Bahan A+B tadi dicampur ke bahan C,kacau sebati
  6. Kukus selama 1 @ 2 jam