Kejadian dah lama berlaku...tapi baru berkesempatan nak update dekat Blog...Tanggal 15 febuary 2011, genaplah usia Icha yang ke lima tahun...semoga anakanda dipanjangkan umur, sihat tubuh badan dan dimurahkan rezeki...kejap jer Icha dah 5 tahun...menandakan maknyer pun dah makin tue!
Black Forest Cake...ermmm, seronok sangat-sangat sebab kek Black Forest aku ni sangat menjadi seperti yang jual kat Bakery tu...lalalalala.
Actually nak buat kek yang ada karekter, aku nak buatkan kek princess seperti yang pernah aku buat untuk dia 2 tahun lepas...tapi tuan punya badan tak nak sebab malu ngan kawan-kawan katanya, dia nak kek yang ada flower atau buah-buahan sahaja...mamanya yang terlebih excited ni terpaksa ler akur jer dengan permintaan tuan puteri...pas tu, masa aku sibuk-sibuk mendeko kek ni, besday girl datang wat lawatan follow up progress...pas tu dia cakap kat aku macam ni.."errmmm, ok ler mama.... Icha nak kek princess lah", boleh gitu!!!
Terlajak perahu boleh ler di undur, terlajak kata mana bole nak suka-suka hati nak tukar-tukar kan...so, dengan rasminya kek besday Icha tahun ni ialah Kek Black Forest yang dipenuhi dengan ceri ni...
lolli chocolate tu ialah jajan utk kawan-kawan dia yang hadir pada hari tersebut, mula-mula nak buat coklat yang berkaler-kaler...tapi masa tak mengizinkan, cuma itu jer yang termampu aku buat, jajan yang lain cuma tunjuk jer kat Giant...,Kebetulan Birthday Icha tu jatuh pada hari Selasa bersamaan 12 rabiulawal, iaitu cuti umum aku pun buat ler jamuan serba ringkas...jemputan tak ramai...cuma jiran sebelah menyebelah rumah, jiran depan rumah dan jiran sebelah taman perumahan aku...4 keluarga semuanya!
Antara menu express yang terhidang...Scallop ayam(mydin mari), passembor, mee goreng dan donut....alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar!
Berbalik kepada cerita Kek Black Forest aku tadi...aku adun 2 adunan kek span coklat.resipinya dah banyak kali letak kat blog ni Lapisan di antara 2 kek tersebut aku letak dengan black cherry filling(blueberry filling pun ok) kemudian aku lepa dengan non dairy whip cream. Permukaan atas kek juga begitu..aku letak black cherry filling dulu sebelum aku lepa keseluruhan permukaan kek dengan non dairy whip cream...
Bila dah siap , terasa macam besar sangat pulak kek tu..tengok jer lah gambar masa Icha tiup lilin kat atas...errmmmm, aku agak-agak dlm 3-4 kilo gak saiz berat kek ni...sib baik habis, bila tetamu dah balik tinggal kat kami anak beranak 1/4 bahagian kek jer...esok pagi nyer selesai semua kek tersebut di ngap!!
No comments:
Post a Comment