Sunday, 3 June 2012

Cucur udang bersama kuah kacang segera


Cucur Udang
Tepung gandum
Udang secukupnya
daun kucai
hirisan bawang
Taugeh
garam dan serbuk kunyit
air

**gaul semua bahan dan bancuhkan dengan air, kepekatan aduanan ala-ala mcm kuih cekodok...baha-bahan seperti taugeh, daun kucai dan bawang lagi banyak lagi meriah!
**Rendam senduk dalam minyak panas sekejap, kemudian sudukan adunan ke dalam senduk tadi. masukkan adunan bersama senduk2 tersebut ke dalam minyak panas tersebut, biarkan seketika sebelum keluarkan cucur udang dari senduk tersebut dengan garpu. goreng hingga kekuningan..

Kuah Kacang Express

2 cawan kacang tanah
4 tangkai cili kering
gula sesedap  rasa
garam secukup rasa

*Goreng kacang dengan cili kering hingga garing dan kemudian blend dengan menggunakan blender kering bersama garam dan gula.

bancuh bersama air panas, tambah gula dan garam jika perlu...Siap!



1 comment:

Nuttilycious Kuah Kacang Segera (Instant Peanut Gravy) said...

PERCUMA - Nuttilycious Kuah Kacang Segera (Instant Peanut Gravy)!!! Semudah SMS / emelkan Nama, Alamat, Emel & No Telefon ke 0193621262 / nuttilycious@yahoo.com / nuttilycious@gmail.com

Cara menyediakan mudah cepat pantas dengan hanya mencampurkan kuah kacang bersama air panas.

Stock adalah terhad. Siapa cepat dia dapat...

https://www.facebook.com/Nuttilycious
nuttilycious.blogspot.com