Tuesday, 20 January 2009

Keropok Lekor Perantau Style Aku

Collage83

Teringin nak makan keropok Lekor, tapi sebelum ni tak dapat seperti yang aku inginkan...
dah lama buat xperiment ni, kali ni rasanya dah berjaya...

Kat UK ni tak pernah jumpa tepung sago kat kedai, tepung ubi tu ada ler...kalau ikut tekak aku ni , tak sempurna kalau buat kropok lekor tanpa tepung sago.

Dah habis fikir, akhirnya timbul idea nak buat keropok lekor pakai bijik sagoo...
jom tengok macam mana aku buat...

Bahan

320gm isi ikan ~ aku guna ikan tenggiri frozen jer
250gm biji sagoo ~ rendam 30min atau lebih dan toskan airnya
garam secukup rasa
1/2 sudu teh baking powder- optional
1 sudu teh kiub pati ikan bilis~ optional
1 sudu teh serbuk lada sulah~ optional
tepung ubi secukupnya untuk tabur di papan canai supaya tidak melekat pada tangan ketika menggentel

Cara

**pastikan biji sagoo di toskan betul2 untuk pastikan adunan lembik...less water much better!
-Panaskan air dalam periuk hingga mendidih.
-Masukkan semua bahan kecuali tepung ubi ke dalam food prosessor/blender, kisar hingga
hancur dan sebati~ kalau ada biji sagoo yang tak hancur biarkan jer.
-Lumurkan tangan dengan tepung ubi dan taburkan papan canai dengan tepung ubi juga.
-Ambil sedikit adunan sebesar 2x bola pingpong, gentel memanjang(ikut saiz sendiri pun tak
per) dan terus masukkan ke dalam air yang mendidih tadi.
-Sambil menggentel sambil merebus buat hingga semua adunan habis.
-Mana-mana terapung maknanya dah masak ler, angkat dan toskan.
-Potong dan boleh lah di goreng

3 comments:

azah said...

wahhh..dah boleh experiment buat keropok lekor sampai ke tahap gini, respect betui laa..chakkk hari ni baru boleh buka blog rozie dan yg lain2 yg problem sebelum ni.. sebab internet connectionlah ni..nanti check email ya..akak dah balas..yg tag tu nnt cuti CNY akak buat..dah nak zzzzzzz dah, penat tadi ada sukan peringkat 1 kat stadium likas, jumaat ..larian kecergasan(merentas desalah kalu dulu2)..xie2 ni (ckp cina sikit)

Aymy With L♥ve said...

Salam... k rozie, biasa jumpa kat forum MR jer.. ni mai singgah umah akak.. bestnya daku tengok kopok lekor tu.. tapi kat sini takderla kedai asian.. kat supermarket kengkadang brg2 nak memasak ni tak complete.. hehehe..

kay hussin said...

Salam.. Time kasih la share resipi kopok lekor perantauan ni.. Kat Dubai saye blm jumpe lg tepung sagu.. Nasib baik ade biji sagu kt rumah so nk try buat.. Tq again!!