Friday, 18 December 2009

Chicken chop


Chicken chop ni buat semalam...dah boring dah nak masak apa,
so tukar selera dengan western food pulak...
sib baik semua makan dengan seleranya,
kecuali anak daraku yang agak konservertif skit seleranya dan tetap minta nasi,
Nasik baik juga ada lauk kari ikan salmon belen tengahari...

Sejuk2 ni malas nak duk kat dapur lama2...
so aku buat chicken chop yang paling simple jerkk.
Sebabkan dah jemu dengan Chips, this time i just ignore the chips,
kecuali untuk anak-anak sahaja aku buatkan chips...
yang dalam gambar di atas tu ialah portion untuk si tukang masak...

2 keping chicken chop
boiled kacang buncis
boiled broccoli
boiled cauliflower
mash potato
chicken gravy wif mushroom

Chicken Chop

Boneless chicken di perap beberapa jam dengan sedikittttt garam dan lada hitam
pukul sebiji telur, celupkan ayam ke dalam telur dan salutkan dengan oat yang telah dikisar sedikit. Goreng terendam hingga masak.

Simple chicken gravy

1 - 2 mangkuk stok ayam(1-2 mangkuk air suam + 1/2 - 1 kiub ayam)
1/2 biji bawang besar~ cincang
2 sudu besar olive oil
1 1/2 sudu besar tepung jagung~ bancuh dengan sedikit air
beberapa ketul button mashroom dihiris
1 sudu besar worchester sauce(aku tak der sos ni, aku tukar dengan 1 sudu kecil kicap habhal, untuk seimbangkan rasa)..
serbuk lada hitam
secubit daun parsley.

Panaskan olive oil, tumis bawang besar hingga kekuningan,
masukkan stok ayam dan didihkan.
masukkan worchester sauce/ kicap habhal, lada hitam dan daun parsley...
x der daun parsley pun ok jer.
masukkan mashroom, didhkan lagi.
akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung, kacau hingga pekat.

Mash Potato

Bersihkan 1 biji ubi kentang saiz besar dan buang kulit ,
Potong 4 dan rebus hingga empuk.
Bila dah empuk, terus lenyek bersama dengan 1 sudu besar butter ketika kentang masih panas.
bila dah siap melenyek kentang tu, letak pulak 1/4 cawan susu segar.
Gaul sebati, siap!
makan dengan chicken gravy

1 comment:

MamaFaMi said...

Sungguh menyelerakan sekali...