Friday, 4 March 2011

Kuih Bakar Keledek/ Keladi



Edisi mempelbagaikan variasi kuih bakar kemboja...Ini adalah hasil eksperiment minggu lepas...ramai kata sedap, kalau nak tau cuba ler!

Bahan
A
satu ketul keledek saiz sederhana-rebus dan lenyek, keladi pun best.

B
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
450ml santan pekat + 1 cawan air+ pes keladi*
3 biji telur
sedikit garam
1 penutup esen vanilla
2-3 sudu butter yang di cairkan
sedikit bijan yang di sangai

Cara

Panaskan oven 180C

Gaulkan semua bahan B hingga sebati, kecuali butter dan bijan.... tapis adunan.
Ambil sesenduk adunan B tadi , masukkan ke dalam adunan A kacau dan sebatikan supaya keledek lenyek tadi tidak terlalu berketul-ketul kemudian tuangkan kedalam adunan B, kacau sebati. Masukkan butter cair, kacau rata. masukkan adunan ke dalam bekas dan taburkan bijan sangai tadi dan bakar selama 1 jam.

2 comments:

MULAN said...

ohhh tak pernah rasa... mesti sedap ni...

Rozie said...

salam mulan..try ler, sy ubah suai dr resepi kuih bakar kemboja/pandan, pada saya mmg sedap...kalau mulan peminat kuih bakar insyallah mesti suka