Friday, 30 October 2009

Kek Lapis Mawarku

Kek Lapis ni resepinya aku ambil dari buku resipi Pn Rabiah Amit jilid 2

Puas hati dapat buat kek ni, sengehhhh jer sampai ke telinga...tapi, kalau tak jadi sure hangin rasa mcm nk bakar jer apa-apa yang ada kat depan mata kan...
alhamdulillah sib baik semua brg2 aku selamat...muahahah!...

Rasa tak jauh beza mcm kek lapis yang lain, cuma kali ni letak rempah kuih sket di lapisan atas dah bawah...Aku tertarik nak buat kek ni sebab teringin nk cuba lalui cabaran masa nak menyusun pattern kat dalam Kek tu jer...((saja carik pasal)).

Photobucket

Photobucket

Bahan A (inti)

9 biji kuning telur
5 bii putih telur
250gm gula kastor(aku cuma guna 150gm jer)
200gm tepung hongkong/tepung gandum
1 sudu makan ovallete
75gm air sejuk

Bahan B(Inti)
450gm mentega
3 sudu besar susu pekat manis

1 botol jem untuk melapis(aku guna jem aprikot less sugar)
pewarna merah,hijau dan kuning


Bahan untuk melapis bawah dan atas kek

Bahan A

7 oz tepung hongkong
9 biji kuning telo
5 biji putih telo
9oz gula kastor(aku guna 5 oz sahaja)
1 sudu besar ovallete
2 sudu teh rempah kuih
75ml air sejuk

Bahan B

450gm Mentega
3 sudu besar susu pekat manis

Cara(inti/bahagian berpattern)

~Pukul Bahan A hingga kembang dan pekat
~Pukul bahan B hingga kembang dan putih
~satukan kedua2 bahan A dan B, gaul sebati

bahagikan kepada 2 bahagian...
a)
1 daripada nya dibahagi kepada 2 bahagian lagi... (warnakan satu bahagian dengan merah dan satu bahagian lagi dengan warna kuning)
b)
1 bahagian lagi diwarnakan dengan warna hijau.

~Bakar bahagian (a) berselang seli warna selapis demi selapis di dalam loyang 8"x8" hingga habis... anggaran setiap lapis sebanyak 3-4 sudu besar adunan~ sejukkan.

~Bakar bahagian (b) selapis demi selapis di dalam loyang 8"x8" hingga habis..setiap lapis dalam anggaran 3-4 sudu besar adunan~sejukkan.

Potong memanjang bersaiz 3/4 "x 8" kesemua bahagian (a) dan bahagian (b)...dan kemudian potong setiap satu menjadi 3 segi...((guna acuan pemotong yang khas adalah lebih mudah).

Susun dan cantumkan mengikut pattern seperti dalam gambar, setiap sambungan di cantumkan dengan menggunakan jem sebagai agen pelekat...




Photobucket

baru keluar dari oven...panasss

Photobucket

lepas keluarkan dari loyang...masih suam lagi...

Photobucket

tak sabar nak tengok hasilnya.., ku potong jua, walaupun masih suam-suam kuku...

Cara membuat lapisan atas dan bawah

Pukul bahan A hingga kembang
Pukul bahan B hingga kembang
satukan kedua-dua bahan A dan B
bahagikan kepada 2 bahagian...

~bahagian pertama~ bakar selapis demi selapis sebanyak 5 lapis, ((anggaran 3-4 sudu besar adunan utk setiap lapisan). dalam loyang 8"x8".
sapukan jem di permukaan atas lapisan ke 5, susun kek Inti di atasnya(susu rapat)..

setiap bahagian yang di cantum hendaklah di sapu dengan jem.

Sapu lagi permukaan atas inti dengan jem sebelum meneruskan 5 lapisan di bahagian atas kek pula...

Photobucket

yang ni lebih inti ada 2 ketul yang tak muat di susun dalam loyang 8"x8" tu...aku roll kan. Ok menjadi, tapi sambungannya tak berapa mampat, so ada rongga kat tengah...tak per, lenkali try lagi!

3 comments:

azah said...

salam rozie..bravo..bravo..boleh wat berniaga dah tu...cantik dan dah tentu sangat sedap..nak cikit..hehe

ME's Delight said...

salam k.rozie..cantik kek lapis akak..seronok kan kalau buat kek lapis pastu jadi plak tuh..mmg puas..tahniah ye kak..bukan semua org boleh buat kek lapis terus jadi...tahniah!!suka tgk kek lapis..

Min Bakingproject said...

waa.. terror nye, congrats ! cantik design tu.