Amik resipi ni dari blog Maz-Bahrain
maz, mintak izin c&p yer....
**jgn mintak key, sebab dah abis...muahhahahah!!
silalah buat sendiri...kihkihkihkih((pesanan dari blogger samseng kampung pisang))
Kisah masa buat cookies ni...
Stok butter dah abis kat dalam peti doraemon,
aku dengan sukahati jer pakai pastry butter...muekekeke.
Pas tu kan, masa tengah memukul butter ngan gula tu,
aku pun buka kabinet nak amik tepung gandum...
selongkar2 rupanya tepung pun dah abis, selfrising flour pun tak ada...
yang ada cuma tepung roti ...
apo den nak khoba?? butter dah pukul kembang,
nak tak nak gamble jer pakai tepung roti...ekekekek
sib baik ok jer hasilnya...hihihi
cenggini ler nasib, nk beli barang dapur kena tunggu inchik hb free...
semenjak dua ni dia asyik sibuk memanjang sampai barang kat rumah ni kering kontang!!
Sumber : Maklang Azie
Bahan-bahan:
260gm tepung gandum
60gm tepung jagung
40gm serbuk koko
1 camca teh baking powder
1/2 camca teh cinnamon powder
*Ayak kesemua bahan-bahan di atas
1/2 camca teh garam halus
180gm Quaker Oats
400gm mentega
240gm brown sugar ( Guna caster sugar aje..)
1 camca teh esen vanilla
Cara-cara :
1. Masukkan kesemua bahan-bahan yg diayak ke dalam satu bekas. Masukkan quaker Oats dan garam. Gaul rata.
2. Pukul mentega dan gula caster hingga gebu. Masukkan esen vanilla dan kacau rata.
3. Masukkan bahan-bahan kering sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega. Uli hingga kental. *Rinn terpaksa tambah sedikit lagi tepung kerana adunan masih melekit dan lembut.
4. Lapik dulang pembakar dengan kertas dan sudukan batter ikut saiz pilihan. Tekan sedikit dengan garpu.
5.Bakar dengan suhu 160 darj cel selama 15 min atau sehingga kelihatan masak rangup. Alihkan ke dawai penderai dan biarkan sehingga betul2 sejuk baru dimakan.
NASI DAGING UTARA
5 weeks ago
No comments:
Post a Comment