Saturday 16 April 2011

Nasi Dhal

yumm...yumm ....makan dengan lauk kari ayam/daging bersama acar rampai dan papadom, perghhh pasti terangkat...rasa lemak-lemak kacang dhal membangkitkan selera. Teringat masa zaman sekolah dulu, aku tinggal di Asrama...kami disajikan nasi dhal ni pada setiap hari rabu tengahari, aku tak pernah miss utk ke dewan mkn setiap hari rabu...Dah dekat 20 tahun aku tinggalkan zaman persekolahan, tapi masih teringat-ingat lagi nasi dhal ni, masa menyelongkar Mesra.net terjumpa lah resipi ni...alhamdulillah rasanya sama dengan yang aku makan 20 tahun yang lalu tapi aku ada alter sikit mengikut logik...ehehe, terubat rindu aku nak makan nasi dhal...

Dulu pernah aku cuba buat nasi ni, tapi bila makan sesuap dua mula rasa muak...cubaan kedua ni alhamdulillah. Dari cubaan pertama dan kedua aku membuat kesimpulan bahawa penggunaan bawang putih lah yang menjadikan nasi dhal ini tak sedap...Cara masaknya sama seperti nasi minyak yang lain cuma semasa menumis hanya dengan bawang besar dan halia sahaja...jom tengok cara membuatnya.

Ramuan

3 cawan beras basmathi- (cuci, rendam 30min dan toskan)
2/3 cawan kacang dhal (rebus hingga empuk dan toskan)
1 labu bawang besar, potong dadu.
1/2 inci halia, potong memanjang
31/2 cawan air
1/4 cawan susu cair
3 sudu besar minyak sapi
bunga lawang, cengkih dan pelaga
garam secukup rasa.
daun pandan

Panaskan minyak sapi, tumis bunga lawang, cengkih dan pelaga dan daun pandan. Masukkan bawang dan halia , tumis hingga naik bau dan keperang-perangan. masukkan beras, gaul sebati. Masukkan kacang dhal, gaul sebati. Akhir sekali masukkan air dan susu cair serta garam secukup rasa..tanak nasi hingga masak. Taburkan bawang goreng ketika menghidang.

1 comment:

Perkhidmatan Akaun said...

Saya pun teringat nasi dhal ni waktu dok asrama dulu..setiap hari selasa kita semua kena pakai baju asrama iaitu warna pink dan d sajikan dgn nasi kcg dhal dan lauk kari daging pekat..mmg faveret menu sy waktu dok asrama...sampai skrg x dpt lg mkn..nti nk cuba buat ikut resepi ni..tq for sharng