Monday 23 May 2011

Mango Tiramisu


Hasil skodeng blog kaknor dah lama dah, cuma sekarang jer baru berkesempatan nak buat
kak nor amik resipi dari blog Rabiatun...aku tukar toppingnya sahaja, kalau tun buat blueberry tiramisu, kak norr buat strawberry tiramisu...aku plak Mango tiramisu...

Resipi di bawah aku kopipes jer dari blog kak nor...tak rajin nak salin semula :)

STRAWBERRY TIRAMISU (versi asal Blueberry Tiramisu)
resipi : Rabiatun

sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan untuk syrup: (dapat 4 cup spt di atas)
150 g blueberry (strawberry) filling
80ml air suam
2 tbsp gula ising ~ optional klu nak manis sikit
sedikit parutan kulit lemon ~ optional

Bahan2 lain:
250g cream cheese
125g whipped cream
125g whipping cream
50g gula icing~ shiffted
1 peket biskut tiramisu
sedikit buah blueberry segar ~ ni Tun tak letak sbb takde stok.

Cara:
1). Mula2 sediakan syrupnya. Campur kesemua bahan dan kacau sebati. Ketepikan.
2). Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula icing, pukul seketika.
3). Campurkan kedua2 whipped dan whipping cream. Pukul hingga agak pekat dan sebati.
4). Campurkan krim yang dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese. Kacau dengan spatula hingga rata.
5). Cara untuk melapis : Mula2 letak sedikit syrup, kemudian susun biskut dan letak cream ke atasnya. Boleh juga susun buah jk ada. Ulang hingga adunan habis dan ikut suka nak berapa banyak layer pun. Kalau nak buat asing2 cup by cup mcm Tun pun boleh..lagi senang nak serve. ye dak :-)

* K.Nor guna whipping cream aje sbb tak ada stok whipped cream, jd K.Nor letak 250 whipping cream
** dlm adunan syrup tu K.Nor tambah 1 sudu kecil gelatin (halalgel) dan panaskan kejap atas api (selepas dah bancuh semua bahan2) tu supaya gelatin tu larut (saja letak nak kasi syrup tu tak cair sgt)

*** biskut tu K.Nor celup sekejap dlm air bancuhan nescafe sebelum letak dlm cup

4 comments:

Nuwairani said...

salam kunjungan n salam perkenalan kak rozie.whipped cream n whipping cream mcm mana bezanya ya?

cik cek said...

WoW!...

penampilan rupa dan rasa yang berbeza...mango...sedapnya....:)

Rozie said...

Salam nuwairani & cik cek, TQ sudi ke teratak akak...

ikut fahaman akak...

whipped cream tu dalam bekas yang sedia digunakan, goncang botolnya sekejap kemudian spray kan ke atas minuman atau kek
whipping cream tu pulak cream yang masih belum di pukul, di jual dalam kotak seperti kotak susu tu, rupanya seperti susu tapi pekat...sukat ikut banyak mana yang kita perlu then pukul hingga kental(hingga bertanduk) dengan mixer berkelajuan tinggi...tapi awas, kalau terlebih pukul dia akan jadi cair semula dah tak kental lagi....

ada UHT whipping cream, ada non dairy whipping cream (berasaskan soya)ada freah whipping cream...pilih lah mana yang kita nak

lebih kurang jer rasa kedua-duanya sama ada whipped cream atau whipping cream...

Rozie said...

**fresh