Sunday, 5 December 2010

Sugar Cookies( fancy cookies)

Lama dah peram resipi ni(hampirn 2 tahun jugak...huhhuu), keinginan nak buat dah lama baru sekarang dapat di relisasikan...kat Malaysia terkenal dengan panggilan Fancy Cookies, tapi kalau nak cari kat ruangan pakcik google kena ler taip"sugar cookies" baru ler boleh tengok bermacam2 jenis resipi sugar cookies dan macam-macam design yang best-best...ini frst time melukis atas cookies, kekok rasanya...next time boleh cuba agi(ntah bla agaknya...hehehe). aku buat 1/2 dpd sukatan adunan di bawah.


Bahan

6 cwn tepung
3 sk baking powder
2 cwn butter
2 cwn gula
2 biji telur
2 sk vanilla
1 sk garam

~pukul butter dan gula hngga berkrim, masukkan telur dan vanilla.
~ campurkan semua bahan kering.
~Masukkan bahan kering ke dalam adunan butter.
~kepalkan adunan, balut dengan plastik cling dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 1-2jam atau semalaman.
~roll hingga ketebalan lebih kurang 1/4", terap mengikut bentuk kesukaan masing-masing.
~Bakar selama 8-10 min, sejukkan cookies.

Royal Icing

2 biji putih telur, bersaiz besar
2sk jus lemon
3 cwn(330gm)gula icing

pukul telur bersama jus lemon hingga kental.
Dengan kelajuan mixer yang minimum masukkan gula icing sedikit demi sedikit hingga sebati dan halus,sedia digunakan terus atau pindahkan royal icing ke dalam bekas kedab udara.

Melukis di atas cookies ~
masukkan royal icing mengikut warna kesukaan ke dalam piping bag, potong sedikit dibhgn hujung piping bag .Sedia digunakan untuk melukis cookies.

Lukis outline di atas cookies menggunakan royal icing mengikut image yang kita inginkan, biarkan kering seketika sebelum sebelum mewarna dibahagian dalam outline menggunakan royal icing dari warna yang sama atau berbeza...keringkan, siap!

1 comment:

Mummy Nana said...

Salam...nice blog...
selalu t'ingin nak try buat cookies nie... ta[i icing selalu xjadi.... xnak keras pun.....;-(