Monday, 1 September 2008

Juadah berbuka 1 Ramadhan

Bulan puasa ni tak bagus makan pedas-pedas, pembuka tirai bulan Ramadhan kali ini serba sederhana aku mulakan dengan Sup tulang rusuk bersama nasi putih..noktah!

Collage49

Resipi campak-campak...aku rebus tulang dengan api yang tersangat kecil sejak pukul 4pm..(tanpa pressure cooker), bersama hirisan halia dan sup bunjut untuk tulang. bila dah empuk aku campakkan jer 1 biji pelaga,1 sudu kecil rempah kari daging,1-2 biji kentang, tomato dan celery..renih lagi.

Dah agak-agak nak makan, aku panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumis, hirisan bawang putih dan bawang merah hingga agak garing..lepas tu campakkan jer dalam sup sekali dengan minyaknya...
siap!!
hidangkan bersama hirisan daun bawang. Kat sini tak ada daun sup, kalu ada dah lama aku campak kat dalam sup nih..ekekek.

hari ini kami berbuka pukul 8pm...
tahun depan mungkin lagi syahdu...time berbuka puasa selewat pukul 9pm!

1 comment:

Hertiny binti Laiman said...

Salam Kak,
akak ni duk kat mana? keje ke?