Monday, 1 September 2008

Kudap-kudapan

Menu berbuka puasa ni kalau tak ada kudap-kudapan rasa macam tak lengkap jer...sekurang-kurangnya ada buah-buahan seperti buah kurma atau kuih muih, lepas berbuka dan solat marghrib nak jugak mengunyah sesuatu kannn...mulanya aku nak buat mertabak, tapi bila fikir nak menguli tepung ler..nak siapkan inti ler...bla..bla, isskkk tak rajin plak!

Sempat juga aku relek-relek goyang kaki sambil pi jalan-jalan dari satu blog ke blog yang lain mencari idea...akhirnya aku terpana kat blog Masz_73, lama dah simpan angan-angan nak buat puff paratha ni, tapi asyik tak lengkap bahan-bahan..aku selalu abaikan hingga terlupa.

Orang kata kalau nak seribu daya kan...paratha mmg tak ada dalam lemari doraemon aku, apa lagi petang tu jugak kul 6.30pm aku keluar pi cari paratha, sib baik ada jual kat Tinsley ni. Balik dari kedai terus buat inti karipap(aku buh chicken minced)..kleng tung..kleng tang... kat dapur macam tengah menyamun takut tak cukup masa punya hal...huhuhu.

akhirnya siap jugak puff paratha aku 5 minit sebelum waktu berbuka...ekekek

Collage50

cuma perlukan

readymade frozen plain paratha(suggestion di Malaysia- Jenama Kawan, Di UK Jenama Shana)
inti karipap/sardin/ apa-apa jer yang kita suka
garfu
kuning telur

cara

sekeping paratha di potong 2 sama besar
ambil satu bahagian, letak inti karipap, lipat paratha
dan sealkan dengan cara menekan bahagian tepi dengan garfu
kelar-kelar sedikit permukaan puff dengan hujung pisau tajam
sapukan dengan kuning telur di permukaan yang dah di kelar tadi.
bakar 180C sehingga kekuning-kuningan/hingga masak

3 comments:

saya said...

wahhh..macam senang je. nak try buat le. nantikan puff version hangut di blog sana nantii..tunguuuuuu

Hertiny binti Laiman said...

Salam Kak,
Sedap nampaknya puff tu, tiny nak try buatlah.

masz_73 said...

Nak banyakkkkkkkkk!!! :P