Thursday 27 August 2009

Apam pisang

Photobucket

Juadah berbuka puasa semalam...banyak jugak dapat satu adunan, agih2kan sikit pada jiran2 semelayu..
amik mana lagi kalau tak kat MyR...TQ kepada penyumbang...lupa sama yg sumbang resipi ni, nnti aku edit semula...

4 biji telo
1 cwn gula
2 cwn tepung gandum
1 sk soda bika
1 sk baking powder
6 biji pisang di lenyek-saiz sedang
secubit garam

panaskan kukusan,
pukul telo dan gula hingga kembang dan pekat
masukkancampuran tepung dan gaul sebati.
masukkan pisang dan garam, gaul sebati.
lanser tin/loyang, tuang adunan dalam loyang dan kukus selama 45 minit...
**aku guna acuan kecil2, sekali kukus lebih kuran 5-10 minit sahaja..

2 comments:

Nadea_LaLaLa said...

Hi rozie... Selamat berpuasa.

TErliuq jer lah! harituh sy try buat apam gula hangus.. Ya ampun tak jadi langsung.. suami makan dia kate rasa sangat pelik..

hahah.. tgk apam pisang rozie makin terliuq lah...

Best2 jer dia ni masak...

Nadea nak curi resepi rozie ni, nanti balik malaysia boleh buat!!!

Btw rozie ni housewife atau bekerja? rajinnya memasak2 nih...

Lagi satu ni huh, kalo buat laksa pakai ikan selar jadi ke? kat sini takde lah ikan kembung. Dengan daun kantan etc tuh.... agak2 jadi tak? thanks

Rozie said...

salam Nadea...

amik ler, sy pun curi dr My Resipi...heheheh
nape nk tunggu balik Malaysia baru nk buat? skrg ni tak leh buat ker? takut kempunan plak nnti...

Nadea kat Birm kan? sy kat Sheffield...rasanya ikan selar tak kick sgt kalau nk wat laksa...biasanya sy buat pakai ikan "Atlantik Pilchard in Brine" Jenama Glenryck, bersepah jer jual kat Tesco or ASDA...kalau buat pakai ikan ni, kuah laksa lagi best dr kuah laksa yg biasa kita buat kat MAlaysia tu...believe me!!

sy kerja bodo2 jer kat sini nk cari duit shopping...balik Malaysia hujung tahun ni kena masuk kerja gomen balik (cikgu)