Thursday, 19 June 2008

Bingka Sawit

Alkisah masa di kampung aku....kebetulan masa aku balik kampung, ada lah aku jumpa 20-30 ulas buah sawit ni kat dapur , mak aku bawak balik dari kebun..so, aku pun buat lah eksperiment kuih bingka...taraaaa...inilah hasilnya!!




Bahan


1 cawan gula

20 ulas biji kelapa sawit(rebus sampai empuk )

1 cawan air suam

2 cawan tepung gandum

450ml air( boleh ganti dengan santan cair jika suka)

3 biji telur

1/2 sudu teh garam

bijan secukupnya



Cara

Ulas buah sawit yang telah di rebus empuk hendaklah di ramas dengan 1 cawan air suam..perah sabutnya ambil patinya sebanyak satu cawan, lakukan ketika masih panas kerana bila dah sejuk minyak dan lemak pada sabut sawit akan membeku.

gaul semua bahan di atas kecuali bijan, tapis atau kisar adunan tadi.
grease loyang dengan butter, tuang adunan ke dalam loyang. Bakar hingga masak.(suhu ikut suka ati, aku pakai oven lama jer)

4 comments:

Unknown said...

salam, sy baru tau bleh buat bingka kelapa sawit...n mmg tengah cr sumber utk memvariasikan penggunaan sawit ni...idea utk buat bingka dah lame just resepi takde...so boleh tak sy try resepi cik/puan ni? sgt membantu

Rozie said...

salam cik puan cinnamon...sila lah jika itu bole membantu..sy sejak kecik mmg biasa mkn bingka sawit cuma tak ada sukatan yg specifik,maklum ler org tua2 buat kuih muih ni main agak2 jer, ikut sesedap rasa... so yg ni sy cuba sukat..cuba arr

Unknown said...

Baru nk Cuba terimakasih resepi

Patimah Ruslina said...

Saya sejak kecil lagi dah biasa buat bingka sawit, MMG x guna santan macam awak buat, resepi lain2.ekua guna santan, dah le buah sawit dah terlalu lemak dgn minyak sawit dan sepatutnya x perlukan santan, just tambah air dah memadai. Resepi kita sama, masa masak bingka ni bau harum semerbak satu rumah. Masa sajual berebut orang membelinya. Saya TGL di KL terpaksa cari kwan2 yg ada pokok sawit dan beli dari mereka