Wednesday, 19 December 2007

Chiffon Pandan



Rasa-rasa ikan tuna masih melekat kt anak tekak...so, arini nak makan yg manis pulak nk hilangkan bau-bau ikan..ala-ala pencuci mulut, ahakkksss!!!!

Hari ni aku buat Chiffon pandan, resipi aku amik daripada FP che de sam...Ramuannya sikit jer, tapi memang mengancam...best...lembut.dan kurang manis .Anak-anak aku pun suka banget. Lepas Ryan balik skola habis 3/4 biji kek kena ngap. Sekarang ni dah tinggal 1/4 jer itupun aku sorokkan untuk incik Hubby, dia pun suka kek Chiffon ni.



Bahan
A
6 biji putih telur
3/4 sk cream of tar-tar ~ aku guna 1/4 sk lemon juice
B
6 biji kuning telur
100gm gula
120gm selfrising flour
8 sb air pandan(1 sudu pandan paste + 7 sudu air biasa)
5 sb minyak jagung(aku guna vege oil)

Cara
A
-Pukul telur dengan cream of tar-tar hingga bertanduk(bila diterbalikkan adunan telur tak tumpah)
B
-Dalam bekas lain, pukul kuning telur dan gula hingga sebati dan gula hancur
-masukkan air pandan
-masukkan minyak,gaul sebati
-masukkan selfrising flour yang telah diayak. gaul sebati

Campurkan adunan B ke dalam adunan A, gaul sebati(kaup balik) dengan menggunakan spatula
Tuang ke dalam Chiffon mould dan bakar dengan suhu 160C-170C selama 45-50 minit.

Penting: Apabila kek dah masak, terbalikkan kek sebaik sahaja dikeluarkan daripada oven dan biarkan sejuk.

* kek aku merekah di bahagian atasnya semasa membakar...kenapa eksss??? oven aku panas sgt ker? next time aku kena turunkan suhu kot!!


1 comment:

Mat Gebu said...

kak rozie, kalau kek chiffon tgh merekah tak kesah, sebab kita kan tayang montot dia yg licin tu, bukan bahagian muka dia yg merekah. Mat buat pun merekah juga..apa ada hallll