Kegemaran Ryan...simple, siap tak sampai 15 minit...yg color-color kat atas tu gula2 smarties, saja nk goda bebudak makan lebey...kehkehkeh
Bahan5 biji pisang saiz 4 inci panjang(potong 2)
2 sudu besar gula merah
1 sudu besar gula pasir
3/4 cawan air
1 cawan santan
2 sudu sago
1 helai daun pandan di simpul
1/2 sudu teh garam
CaraDidihkan air, masukkan daun pandan
masukkan pisang, biarkan layu sedikit
masukkan garam dan gula, biarkan seketika agar gula hancur
masukkan santan, didihkan sekejap.
masukkan sago, kacau
tutup periuk dan tutup api supaya sago benar-benar masak.
bolehlah dihidangkan
No comments:
Post a Comment