Sunday, 12 September 2010

Rania Aleeya

Salam Aidilfitri...

Perkenalkan ahli baru dalam family kami...cute baby girl,like mother like dotter..ahakkss!! Rania Aleeya bt Ahmad Rizal. Lahir di Hospital Putrajaya pukul 9.30pg pada 23 ogos 2010, hari ini genap 21 hari...kisah lanjut leh zasss ke sini

Thursday, 10 June 2010

Salam Sayang Dari Bangi

Salam untuk semua pengunjung blog aku yang dah bersawang ni....
Pejam celik, pejam celik dah 3 bulan setengah aku berada di tanahair....alasan yang dah lapuk dan selalu aku bagi ialah sibuk dengan tugak harian demi keluarga dan Negara terchenta...ahakkkk!!

Sekarang cuti sekolah, baru rasa boleh bernafas dan dikesempatan ini aku pun ambil peluang untuk jenguk blog Dapur Kayu ni....ampunnnnn untuk semua yang sudi menyinggah ke sini, tapi tuan rumah selalu jer tak de, terima kasih banya-banyak yer...

Mood nak membaking dah mula balik, tapi apa kan daya dapur kat rumah aku ni belum begitu sempurna lagi, oven pun tak mampu nk beli lagi..masih sabar dan bertahan...orang kata alah membeli menang memakai, aku dalam proses mengumpul dana...ehehehh. KA mixer pun masih dalam kotak lagi belum boleh di keluarkan...barang2 baking yang aku bawak dari UK aritu jugak masih dalam kotak....

Tensennnnn sungguh rasanya bila keinginan yang membuak-buak ini terpaksa di tahan-tahan, nak membaking oven tak der, nak beli oven pulak dana masih tak cukup...ngkorang imagine ler macamana rasanyakan!!

Harap2 Birthday anakanda aku yang bakal menjelang bulan Julai nanti semuanya dah tersedia dan aku boleh melepaskan gian untuk mendeko lagi...Begitu jugak keinginan aku untuk membuat kek berdeko sempena majlis pertunangan adik aku yang bakal tiba...membuat kek dan cookies sempena hari raya ......arghhhh!!! banyak plan yg dah aku susun, doakan semuanya menjadi kenyataan....

Friday, 19 February 2010

Kek Birthday


Last cake before pack all the baking stuff...
Happy Birthday to my daughter Rissa Nadia..
15 Feb 2010~ 4 years old.

Kek ni dah selalu buat...resipi ada dalam blog ini...
cuma kali ni aku buat kek coklat kukus sebab oven aku dah gol,
api bawah oven dah tak berfungsi..yg tinggal cuma api grill shj.
Untuk topping ganache ,aku guna milk cooking chocolate..
so kolornya agak pudar dan kurang menyerlah..
kalau pakai dark cooking chocolate baru nampak lebih umph kan!

Atas permintaan my doter, kek coklat ni aku hias dengan gambar princes edible image dan sedikit hiasan bunga ala2 sun flower tapi kolor pink...

Actually image princess tu aku beli dr Ebay, aku ingatkan ready to use...
tapi rupanya image princes tu cuma di print pada rice paper shj...
so, tak sesuai utk terus letak atas coklat kek tu...
terpaksa lah aku alter skit dengan menampal image tu atas fondant yg aku gelek nipis.
aku gunakan golden sirap sebagai agen pelekat...lepas tu baru ler boleh hias atas kek..

ni Resipi kek coklat yag aku ambil dari MyR..
kopipes sj...
  • Bahan A
  • 2 Biji telur (kalau kecil 3 biji)
  • 1 Cawan minyak masak
  • Sedikit Esen vanilla / coklat
  • 1 cawan gula
  • Bahan B
  • 2 Cawan tepung gandum
  • 1 Cawan serbuk koko
  • 1 Sudu kecil soda bikarbonat
  • Bahan C
  • 1 Cawan susu pekat manis
  • 1 Cawan air masak

Cara-cara

  1. Blend bahan A
  2. Ayak bahan B
  3. Campur sebati bahan C
  4. Bahan A dicampur ke bahan B
  5. Bahan A+B tadi dicampur ke bahan C,kacau sebati
  6. Kukus selama 1 @ 2 jam

Thursday, 18 February 2010

Simple Jacket Potato


Lepas di grill...


Yummy...yummy...dah letak gravy...

Idea ni adalah kombinasi daripada jacket potato dan mash potato dengan sedikit penambahan... senang dan simple...

Step 1
i. sebiji kentang saiz yang besar~

cuci bersih , cucuk kentang dengan garfu secara rawak...
bungkus kentang dengan aluminium foil dan bakar dalam
oven hingga empuk lebih kurang 1jam dengan suhu 200c.

Step 2
ii. sementara nak tunggu kentang masak, boleh lah buat gravynya...(resipi gravy ni adalah kopipes daripada gravy resipi chicken chop kat bawah)

1 - 2 mangkuk stok ayam(1-2 mangkuk air suam + 1/2 - 1 kiub ayam)
1/2 biji bawang besar~ cincang
2 sudu besar olive oil
1 1/2 sudu besar tepung jagung~ bancuh dengan sedikit air
beberapa ketul button mashroom dihiris
1 sudu besar worchester sauce(aku tak der sos ni, aku tukar dengan 1 sudu kecil kicap habhal, untuk seimbangkan rasa)..
serbuk lada hitam
secubit daun parsley.

Panaskan olive oil, tumis bawang besar hingga kekuningan,
masukkan stok ayam dan didihkan.
masukkan worchester sauce/ kicap habhal, lada hitam dan daun parsley...
x der daun parsley pun ok jer.
masukkan mashroom, didhkan lagi.
akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung, kacau hingga pekat.

Step 3
iii. Bila kentang dah masak, belah 4 di tengah2...tapi jgn sampai putus. Buka sedikit kentang tadi, lenyek bahagian dalam dengan garfu, kemudian taburkan dengan segenggam cheese(mix mozarella cheese n cheddar cheese - best). Lepas tu grill sekejap permukaan jacket potato dalam oven utk cairkan cheese. keluarkan dari oven terus tuangkan gravy di atasnya...terus ngap, sedapnya kalau makan panas-panas.

Wednesday, 17 February 2010

Popia Bersira Pedas



Resipi Hana kat Nipon...mintak izin kopipes yer

  • kulit popia secukupnya
  • UNTUK INTI
  • 1 batang carrot - dihiris halus
  • 1 biji sengkuang kecil - hana gune lobak putih
  • 1 mangkuk kubis yang dihiris halus
  • taugeh - jika suka (hana x ltk)
  • 1 biji bawang besar - potong dadu
  • 1-2 sudu makan udang kering - rendam,toskan n blend
  • 1 sudu mkn sos tiram
  • garam
  • perisa@gula
  • UNTUK SAMBAL SIRA
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu makan bawang merah n putih kisar
  • 2 sudu besar sos chili - hana guna sos cili thai
  • sedikit belacan - jika suka
  • sedikit air asam jawa@cuka
  • gula melaka@gula putih
  • garam
  • bijan sangai

Cara-cara

  1. UNTUK INTI - tumis bawang besar, masukkan sos tiram. tumis hingga naik bau. masukkan udang kering. kacau rata. masukkan sengkuang, carrot, kubis dan taugeh jika suka. perasakan dengan garam dan juga perisa@gula. tutup api dan sejukkan. Isi ke dalam kulit popia tadi dan goreng hingga kekuningan.
  2. UNTUK SAMBAL SIRA - panaskan minyak, tumis bahan2 tadi hingga agak2 pekat. masukkan popia yg dh digoreng tadi. kacau rata. matikan api dan taburkan bijan. siap utk dhidang!
  3. Selamat Mencube.

Khas Untuk Kak Azah KK

Lain-lain hal kita cerita kat Email yer...



Tuesday, 16 February 2010

Chicken Chop lagi....