terlebih strawberry kat rumah...muahahhaah
hari isnin tu aku buat strawberry jem, projek besar-besaran dengan strawberry ler kan sebab takut buah strawberry tu busuk membazir pulakkan...
Aku suka ngan jem ni, fresh from my kitchen...tanpa bahan pengawet, atau pewarna!
tapi jem ni dah selesai, licin dan botolnya pun dah cuci...aku buat hari isnin lepas...
pagi jumaat dah settle...sukaaaa!!
Ini adalah resipi dari manual breadmaker yang telah diubahsuai oleh aku..tapi aku rasa kalau kurangkan gula tu skit mesti lagi best!
sukatan utk dapatkan jem sebanyak 1 botol(320gm)
2 cawan buah strawberry..(anggaran 25 biji campuran saiz buah yg beso dan kecik)
1 cawan gula(lenkali kena kurangkan ker 3/4 cawan)
3 sudu beso lemon juice
2 sudu beso madu
sedikit serbuk agar-agar(aku letak tak sampai 1/2 sudu kecil)
**buah strawbeyy tu belah 4 atau 6 setiap satu
masukkan dalam breadmaker, letak gula, lemon , serbuk agar-agar dan madu
pilih setting jem pada breadmaker...biarkan sampai siap.
**breadmaker aku bekerja utk buat jem ni selama 1 jam 30 minit...lepas dah siap tu, aku tengok macam kurang pekat dan buah strawberry pun masih tak hancur.
pas tu... aku pilih semula setting jem, dan ulang proses
barulah dapat jem yang marvelous...
kalau tak ada breadmaker, masak dlm periuk dengan api yg kecil dan sentiasa di kacau.
No comments:
Post a Comment