Saturday, 6 October 2018

Nasi Minyak

Salam.. Sejak Ryan sambung study, aku memang jarang memasak.Hari kerja di waktu siang mmg x ada sapa2 di rumah manakala malam aku dan inchi suami tak makan, setakat nk bagi 2 mulut makan, aku biasanya beli jer dekat Kak Bie jiran selang beberapa rumah dari rumah aku. Mudah!

Hujung minggu macam ni pun jarang memasak, biasanya kami akan keluar berjalan- jalan bawa anak- anak. Hari2 kerja rutin nya membosankan, hujung minggu nak juga rasa happy2. Kerja rumah tolak tepi๐Ÿ˜.

Semalam dah pegi tengok wayang dgn anak2 cerita Venom. Kemudian makan di Restoran Nando's , disebelah malamnya kami makan Chapathi di gerai  Pakistan yg terletak beberapa meter jer dari rumah.Layannn!

Selalu sangat makan di luar, bosan juga. Memandangkan Ryan pulang hujung minggu, keluarga kecilku lengkap hujung minggu ini, Bersemangat lah sedikit untuk aku memasak.

Masakkan yang aku anggap istimewa tetapi mudah , aku.memilih Nasi minyak , kurma daging, jelatah dan Papadom sebagai hidangan sepanjang hari ini.

Memasak dengan penuh kasih sayang tanpa gangguan didapur sangat menyenangkan dan menjadi terapi jiwa yang baik. Kali ini aku menggunakan beras terpilih "extra long parboiled basmathi rice", taburan kismis dan aku masukkan juga capsicum yang dipotong kiub untuk menaikkan aroma nasi minyak  dan warna agar membangkitkan selera, namun jika diletak kapsikum merah pasti lebih menarik. Tapi kali ni kurang bernasib baik, tiada kapsikum merah...

Ramuannya aku tumis dengan campuran 3 jenis minyak iaitu minyak sapi , butter dan minyak sawit biasa.

Kali ini nasi minyak aku gandingkan dengan Kurma Daging . Seperti nasi, aku pelbagaikan ramuan seperti Tomato, cili merah, bawang potong baji, kentang di dalam kurma daging untuk mendapatkan rasa yang pelbagai pada kuah kurma๐Ÿ˜Š
Memasak pun kena ada seninya untuk membangkitkan selera dan menzahirkan perasaan kasih sayang kita untuk keluarga. Sangat berbeza hasilnya jika kita memasak dengan separuh hati, masa yang suntuk dan tertekan berbanding bila kita enjoy memasak, bersama keazaman dan kasih sayang .

Rasa tak lengkap pula jika nasi minyak tidak diserikan dengan acar jelatah, gabungan warna warni pada acar jelatah pastinya menarik tumpuan mata yang melihat. Setiap bahannya dihiris nipis dengan pisau tajam, menambahkan lagi serinya. Masa menghiris acar, berbayang penyediaan bahan masakkan orang Korea dan Jepun yang teliti , secara tidak langsung terpapar kesantunan situkang masak..aku memang sentiasa mengagumi mereka.
Alhamdulillah, sempurnalah hidangan makan tengahari aku untuk hari ini insyallah menu yang sama di bawa ke sesi makan malam ๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Friday, 5 October 2018

Chia Seed Oat Porrige with Spinach and Mixed Salad

Menu diet hari ini.. 2 sudu besar oat masak dengan 1/2 cwn air, letak garam skit. Biar mendidih, lepas tu letak sayur bayam. Nak mkn tabur chia seed dan ikan bilis goreng.

Mixed salad tu daun salad + taufu + timun + karet + kacang walnut + ikan bilis goreng + tempe goreng, percikkan sikit minyak bijan. Mkn dgn sos coeslow ..sedap jugak ๐Ÿ˜
Kononnya diet..sampai sekolah depa buat jamuan pulakkk, tangguh diet ke esok lah๐Ÿ˜ฅ๐Ÿ˜ฅ

Thursday, 4 October 2018

Petua Kesihatan

Setiap manusia ada sel kanser dalam tubuh, Dalaman kita ni tak siapa yang tahu..kadang-kadang kita rasa kita sangat sihat walhal ada sel kanser yg sedang aktif. Pasti menakutkan...Nauzubillah๐Ÿ˜Œ. Untuk memastikan sel kanser tersebut tidak aktif atau tidak merebak, hiris 3 potong lemon rendam ke dalam air panas.Jangan dicampur gula atau madu. Biarkan seketika. Minum air tersebut di awal pagi ketika perut kosong. Pastikan selepas 45min baru boleh makan breakfast .Amalkan setiap hari. Insyallah ia membantu mengecutkan sel kanser, semoga membantu menyelamatkan kita sebelum menjadi lebih parah. Tak salah kita berusaha untuk kekal sihat. Semoga kita semua sentiasa dilindungi allah SWT. Aamiin!

Wednesday, 3 October 2018

SAMBAL HITAM PAHANG

Sambal Hitam ku๐Ÿ˜Š
Reneh belimbing, hingga airnya kering dengan api yang kecil.
Test

Ada lebih dari sekilo belimbing buloh dipetik oleh pekerja dari pokok yang ada di sekolah semalam. Bila tak ada sapa yg peduli, lalu aku ambil bawa pulang ke rumah. Belimbing buluh ni sifatnya mudah benyek dan membusuk jika disimpan lebih dari sehari. Untuk memastikan agar tidak membazir, muncul lah idea Sambal Hitam Pahang ini..malam itu juga google resepi nya. Pertama kali buat, syukur hasilnya mengembirakan. Tq kepada yg share resepi...

Semalam merebus semua belimbing selama lebih dari 3 jam, sehingga airnya kering. Selebihnya sambung pagi ini sambil melepa creamcheese di atas 3 biji kek karet๐Ÿ˜Š .Jom tengok resepi...( saya derhaka sedikit)

1 kilo belimbing buluh, bersihkan dam masuk dalam periuk lama(yg buruk), rebus tanpa air dengan api yang kecil letak garam sikit. Air belimbing akan keluar sendiri dan merebus bimbing. Jangan pandai2 letak air yer. Rebus lah hingga airnya kering dan belimbing lebam dan benyek.

Bahan A
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
15-20ulas cili api- nak pedas tambah lagi
Masukkan ke dalam food prosesser, kisar kasar tanpa dicampur air.

Bahan B
Belimbing rebus- dikisar
1 mangkuk ikan bilis, digoreng garing dan
      dikisar kasar.
2 sudu kicap
Garam, gula- secukup rasa.
3/4 cawan Minyak untuk menumis

Cara- cara
Panaskan minyak, tumis bahan A hampir garing. Masukkan belimbing kisar, kacau rata, biarkan sekejap. Masukkan kicap, perasakan dengan garam dan gula kemudian masukkan ikan bilis, goreng hingga kering dengan api yang kecil...selalu di kacau yer. Siap untuk dihidangkan๐Ÿ˜Š



Saturday, 29 September 2018

MASAK LEMAK CILI API

Hari ni balik kampung... mak sy buat Masak Lemak Daging Salai Dengan Rebung , yummy! Pure Negeri Sembilan air tangan ibu dengan curahan penuh kasih sayang ๐Ÿ˜Š. Tak cukup dengan gulai daging salai, mak saya tambah lagi satu Gulai Tempoyak Daun kayu kesukaan saya. Tema hari ni , tiada yang lain selain dari Masak Lemak Cili Api ๐Ÿ˜Š. Kalau orang Negeri Sembilan otai, mmg hari2 wajib masak lemak cili api ni.. tapi mak saya tak ler begitu sangat, hari- hari special jer dia masak macam tu. Lagi pun bukan elok makan mknn berlemak hari- hari...seram, byk kolestrol.

Sampai kampung tadi dalam  pukul 5 petang, pegi dapur dulu tengok ada apa dalam periuk hari ni๐Ÿ˜‚. Ada lauk best pulak, apa lagi.. terus ambil pinggan ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜.

#RembauMostWanted

Tuesday, 25 September 2018

Kek Karet Majlis Persaraan

Sambutan majlis persaraan di sekolah, nak shortcut dan nk senang kek persaraan tu order jer kt aku dan tak perlu ke bakery..hihi. Order ini tak ada syarat, semuanya terserah, suka hati aku nk buat macam mana sekalipun, best..best!

Deco- deco syiok sendiri, bunga2 tu guna buttercream tapi lembik, kurang gula icing agaknya... so buat bunga byk2 kemudian freeze kan sblm transfer atas kek ๐Ÿ˜Š



Kembali

Salam...
Rindunya nak ber blog
Im back selepas bertahun menghilang....

Hari ni letak gambar Popia Vietnam kat sini.. xpernah pun pergi Vietnam, tapi tengok popia ni mengiurkan jadi aku search di You Tube  dan blogger2 otai cara pembuatannya.. alhamdulillah menjadi, dalam popia ni aku letak Soon, daun salad,karet , timun  daun bawang dan daun ketumbar yang dipotong panjang kemudian ofcourse udang yang gemuk2 untuk menggoda.

Udang dicelur dalam air mendidih dahulu, letak garam sikit.
soon rendam dalam 15min dan kemudian celur dalam air didih pun letak di letak garam sikit.
Kulit Popian Vietnam beli kat Jaya Grocer, cari kat tempat jual mee kering seperti  mee  hoon, kue teow kering dan sewaktu dengannya...

Proses pembuatan kena cepat, bahan yang dah celur dan potong tadi kena susun depan papan melipat popia, letak air sebekas untuk celup kulit popia, dan  sebekas minyak.

caranyan, celup jari dengan minyak sedikit, sapu atas papan tempat melipat popia, basahkan papan dengan air. kemudian ambil sekeping kulit popia, celup dalam air sekejap dalam 10-15 saat, terus letak atas papan letak daun salad, soon,karet,timun,daun bawang dan akhirnya daun ketumbar kemudian lipatlah seperti popia, susn atas pinggan. proses kena cepat jika tidak kulit popia akan lembik terkulai dan susah nak melipatnya.

Monday, 5 November 2012

Dragon Fruit Juice

 Taraaa...my dragon fruit juice was here!!! sejak tengok dragon fruit juice kumpulan Che Lah "masterchef 2" buat terasa teringin pulak nak  rasa Dragon Fruit Juice ni... Sejak buah dragon fruit tu transit kat fridge anak-anak tak jemu-jemu bertanya bilalah dragon fruit nak bertukar jadi juice...huhuhu
Kaler buah ni tersangat mengancam..kalau pegang-pegang isi buah ni lama sikit warna purple buah tu akan melekat kat tangan macam terkena pati sirap...lepas minum/ makan ,bahan buangan pun bole jadi ala-ala warna purple jugak...iskkk serammm you!!

Dragon Fruit Juice

2 biji buah Dragon Fruit
air 1 liter
gula secukup rasa
juice dari 2 biji buah limau nipis

** blend kesemuanya, tak perlu tapis...masukkan ice dan bole di minum...
**

Sunday, 21 October 2012

Almond Tiramisu Ala Beryl's

Taraaa...akhirnya berjaya juga buat Almond Tiramisu ni selepas lama bermain-main di minda  mencari idea-idea yang sesuai
 Luaran nampak mcm jadi jer...Rasa dah sama, tapi....
Salutan White chocolate tak sekata ada bahagian yang nipis dan ada bahagian yang tebal...masih tercari2 bagaimana cara nak dapatkan ketebalan salutan white chocolate yang seragam tu yer... ??..errrmmm...
  
Bahan-bahannya Senang sgt..cuma kena ada skill bermain coklat baru dpt shape yg perfect!...

Bake almond
White chocolate compound
Cocoa powder


Melt white chocolate dgn teknik double boiling, agak2 dh melt angkat biarkan suhu bilik, lebih kurang 1 jam..agak2 coklat dah pekat, Masukkan semua almond dlm white chocolate, sudukan satu2 almond yg dh bersalut tu ke dlm cocoa powder yg kita dh ayak dlm tray...pas tu ayak lg cocoa powder utk tutup permukaan atas, pas tu gelek2 tray utk shapekan coklat...(mencabar skit part nk sudukan almond kt cocoa powder sampai part menggelek tray tu)...tp sy belasah je, sib baik jadi...phewww

konon-konon nak tiru coklat ni(gambar di atas)....rasanya sama tapi shape tak mampu nk buat se perfect  seperti mereka....aku buat ikut sesedap rasa dan logik sahaja tanpa ada ilmu atau sijil dari pakar coklat...:)

Monday, 2 July 2012

Kerabu Ulam Raja

Sedapnya kerabu ni..., baik untuk kesihatan terutama untuk kaum wanita...satu mangkuk ni aku bole makan sendiri, anak2 mmg reject sayur2..kalau yang mentah mcm ni lagi lerrrr depa tak mau...

1 ikat Ulam Raja ~ hiris kasar
1 mangkuk serunding kelapa
segengam ikan bilis ~ goreng garing, kisar hingga hancur dengan pengisar kering
6 ulas bawang kecil ~ hiris
1 kuntum bunga kantan ~ hiris
2 batang serai ~ hiris
1 sudu besar perahan limau nipis

**gaulkan semua ramuan hingga rata...sesuaikan rasanya

Serunding kelapa
1 mangkuk kelapa parut
3 ulas bawang merah
1 inci kunyit
garam dan gula secukup rasa

**tumbuk bawang , kunyit garam dan gula hingga lumat, masukkan kelapa tumbuh dan gaulkan sebati.
masukkan ke dalam kuali dan sangai sebentar tetapi jangan terlalu lama kerana kalau serunding kering sgt tak sedap ....sejukkan sebelum diguna.

Wednesday, 6 June 2012

Blueberry CheeseTart


2nd round for this week meng "tart"...1st round aku buat untuk majlis kenduri sepupu hby di Kluang, ada lebihan cheese, aku sambung meng"tart" lepas makan tghari tadi untuk makan sendiri-sendiri..dapatlah dalam 30 biji saiz yang comel-comel...

 Kulit tart:
160gm butter
1 biji telur
250gm tepung gandum
80gm gula icing
esen vanilla
secubit garam
2 sudu susu tepung

Gaul butter dengan gula icing hingga sebati, masukkan telur , garam dan esen vanilla..gaul lagi.
masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga adunan boleh di kepal dan tidak melekat di tangan. Simpan dalam  fridge sekurang-kurangnya 2 jam...tekankan ke dalam acuan. cucuk dengan garfu di beberapa bahagian pada adunan, bakar setengah masak.

250gm cream cheese
1/2 cwn whipping cream
2 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
?? gula ising(gonna update soon)
blueberry filling secukupnya

pukul cream cheese dengan gula hingga kembang
masukkan telur, pukul lagi kemudian masukkan whipping cream pukul hingga kembang.
**paipkan blueberry filling ke dalam kulit tart yang separuh masak tadi, kemudian paipkan adunan creamcheese di atasnya. titiskan sedikit blueberry filling di atas adunan creamcheese dan lorekkan dengan menggunakan toothpick untuk menghasilkan corak...bakar sekali lagi dengan suhu 180C sehingga masak dan kekuningan.

Tuesday, 5 June 2012

Ikan Siakap ala Thai

Yum..yum, ikan fav anakanda ku...masak macam ner pun(bergoreng) dia akan kata sedap, seekor utk dia hadap sorang pun selesai...
masakan biasa-biasa sahaja...ikan tu aku lumur dengan garam dan tepung jagung, kemudia di goreng dengan minyak panas hingga masak..
Kuahnya aku buat ala-ala tomyam...tumis bawang putih, bawang merah, halia dan lengkuas serta sedikit cili merah, kemudian masukkan sos tiram dan nampla sos serta air secukupnya. masukkan serai, buah tomato dan daun limau purut dan perahan asam limau...perasakan dengan garam dan gula...bole pekatkan kuah dengan bancuhan tepung jagung..sedia untuk di hidang!

Sunday, 3 June 2012

Cucur udang bersama kuah kacang segera


Cucur Udang
Tepung gandum
Udang secukupnya
daun kucai
hirisan bawang
Taugeh
garam dan serbuk kunyit
air

**gaul semua bahan dan bancuhkan dengan air, kepekatan aduanan ala-ala mcm kuih cekodok...baha-bahan seperti taugeh, daun kucai dan bawang lagi banyak lagi meriah!
**Rendam senduk dalam minyak panas sekejap, kemudian sudukan adunan ke dalam senduk tadi. masukkan adunan bersama senduk2 tersebut ke dalam minyak panas tersebut, biarkan seketika sebelum keluarkan cucur udang dari senduk tersebut dengan garpu. goreng hingga kekuningan..

Kuah Kacang Express

2 cawan kacang tanah
4 tangkai cili kering
gula sesedap  rasa
garam secukup rasa

*Goreng kacang dengan cili kering hingga garing dan kemudian blend dengan menggunakan blender kering bersama garam dan gula.

bancuh bersama air panas, tambah gula dan garam jika perlu...Siap!



Bergedil Ikan


2 biji Ubi kentang di rebus dan lenyek
5 ekor ikan kembung di rebus  dan lenyek
hirisan cili merah sesedap ramuan
hirisan bawang dan daun bawang sesedap hati...
garam secukup rasa
telur di kocok.

gaulkan semua kecuali telur, gentel bentuk begedil.
celup ke dalam telur, goreng dengan minyak yang sederhana banyak hingga kekuning-kuningan...



Roti Telur Berkentang

Kulit: Roti Canai...
Inti: Telur, kentang rebus yang di lenyek, hirisan bawang, hirisan cili merah..
Pencicah: Kari Ikan Tenggiri..

Jom makan...my hby fav nih!

Wednesday, 29 February 2012

Sukatan dari cawan ke gram/liter

Sumber: Saya kopipes dari blog RIKHA

Untuk rujukan sendiri di masa akan datang...


Ilmu ini RIKHA ambil dari sini

TQ for sharing...:)

Tepung
1/4 cup = 30gm
1/2 cup = 60gm
1 cup = 125gm
6 3/4 cups = 1kg (1000gm)

Gula atau Mentega
1/4 cup = 60gm
1/2 cup = 125gm
1 cup = 250gm

Cecair
1/4 cup = 50ml
1/2 cup = 125ml
3/4 cup = 180ml
1 cup = 250ml
4 cups (1 quart) = 1 Liter

sukatan cawan ke gram (oz)

1 cup plain flour = 125g ( 4 0z)
1 cup self raising= 125g ( 4 oz)
1 cup castor sugar = 250g ( 80z)
1 cup brown sugar = 185g ( 4 oz)
1 cup icing sugar = 125g ( 4 oz)
1 cup sultana= 125g ( 4 oz) sejenis kismis yang digunakan untuk membuat kek dan puding
1 cup coco = 125g ( 4 0z)
1 cup walnut = 125g ( 4 oz)

Sunday, 19 February 2012

Mee Rebus Pak Ajis

Salam, Bertemu kembali... Hidangan Minum petang kami arini, tiba-tiba angin kus-kus rajin melanda...maklum ler, melalui hari2 semput di hujung bulan ni kami tak kemana-mana. Memasaklah menjadi terapi yang berkesan menghilangkan kebosanan.



Hari ni tuan-tuan/puan-puan ada baca paper ni tak??

Punya lah berkenan tengok Mee Rebus Singapura family Pak Ajis Sattar ni, Lebih-lebih lagi pujian tentang kesedapan mee rebus ni...lagi lah bersemangat achik!

Makanya tanpa berlengah lagi tengahari tadi aku pun zass ke pasar beli segala keperluan dapur untuk stok minggu depan termasuklah list bahan nak membuat mee rebus ni.

Kebetulan Resipinya ada di sertakan sekali....



Jom try...testmoni dr huby aku kata sedap, aku pun setuju dengan pendapat dia..

Tuesday, 14 February 2012

Birthday Icha


Birthday Icha datang lagi, Icha dah 6 tahun, dah pandai melaram dan control cun

...Perangai macam tu jugak tak berubah, suka buli abang...Nasib baik abang dah besar beza 6 tahun dari Icha dan sabar jer melayan karenah Icha. kalau abang beza setahun dua jer mungkin asyik nangis jer bila kena buli..

Birthday kali ni buat simple party di sekolah sahaja memandangkan tahun ni tahun akhir Icha di Tadika ABC, tahun depan Icha nak Darjah 1...



Plan asal nak buat kek princess, memandangkan edible image yg di jual tak banyak pilihan sebab tu aku tukar plan.

Kali pertama buat kek bertema sebegini tapi kartun dan rumah tu beli jer...maklum lah weekdays masa sangat suntuk...kek coklat dah buat hari isnin lepas balik kerja, semalam lepas balik kerja juga, dah selesai masak dinner dan solat maghrib sambung lagi untuk deco kek. pukul 8.30pm mula mendeko dan hampir kul 10pm baru selesai...itu pun buat cepat-cepat sebab badan dah letih,hasilnya... finishing kurang kemas.!

Topping kek ialah 1 1/2 cwn Non Dairy Whipping cream yang di pukul kental di campur dengan chocolate ganache.( tak faham sila tanya).

kemudian curahkan chocolate ganache di atas topping whipping cream tu...then hias dengan butter cream...

Monday, 6 February 2012

Laksa



Salam bertemu kembali...pecah rekod hari ni meng"Update" sampai 2x..:))

Balik dari tengok Movie Chronicle perut mula minta diisi...Roti telur brunch tadi masih ada tapi tekak minta Laksa. Bukan sebarang laksa tapi, Tekakku mintak laksa tepung beras...huhuhuh.

Balik daripada Alamanda, aku terus ke kedai membeli segala bahan...Kul 5pm sampai rumah, pukul 6.30 selesai semuanya...siap mengukus laksa beras sekali..ehehehFresh from my kitchen dari laksa sampailah ke kuahnya, cuma tak letak telur sebab masih mrebus dalam periuk...yummm...yummm!

Sunday, 5 February 2012

Roti Canai Telur



Ini ialah Breakfast pagi ni...tapi bukan lah pagi sangat, bole ler di kira BRUNCH. Aku kureng suka buat roti telur ni as a breakfast sebab melecehkan, lebih-lebih pagi ketika Virus M melanda.

Tapi disebabkan permintaan baby besar, nak tak nak kena buat juga, lagi pun upahnya ialah Menonton Movie di GSC Alamanda, Putrajaya ...kwang...kwang...!


Dah ada entry roti telur ni..tapi sebabkan cuti arini, so terajin skit nk mengupdate blog arini..ehehe

Dohnya menggunakan doh Roti Canai yang telah di buat malam tadi:-

550gm tepung gandum
230gm air
3 sudu susu pekat manis
garam
1 sudu besar butter yang di cairkan
1 biji telur
margerin untuk melumur doh

Cara:
Bancuh bahan-bahan air,susu,garam,butter dan telur di dalam satu bekas.
Dalam bekas lain(loyang menguli), masukkan tepung gandum.
tuang bancuhan air tadi kedalam tepung sedikit demi sedikit hingga habis, uli menjadi doh selama 15 minit.
Rehatkan doh 5 minit. kemudian uli semula selama 10-15 minit dan rehatkan semula doh lagi 5 minit kemudian uli semula lagi 10-15 minit.Pastikan doh di uli selama 3 kali di selangkan dengan 2 kali rehat. .Doh akan menjadi liut dan tak mudah terkoyak.Jangan terlebih uli nanti doh menjadi terlalu lembik atau keras.
Bahagikan doh kepada 10-11 bahagian, kemudian bulat-bulatkan doh. Setiap doh di lumurkan dengan margerin kemudian simpan dalam suhu bilik semalaman.

Inti Roti:-
4 biji telur + secubit garam~ kocakkan kemudian goreng sambil dikacau seperti membuat scremble egg, jangan terlalu masak/kering...biarkan seperti scremble egg yang basah-basah/lembab.
2 ulas cili merah~ hiris halus
1 labu bawang besar~ hiris halus
2 biji kentang yang di rebus~ pecah-pecahkan kentang tersebut, jangan di lecek.
****Gaulkan semua bahan-bahan di atas menjadi satu.

Tebarkan doh roti canai, masukkan inti telur dan lipat seperti membuat mertabak..goreng hingga kekuning-kuningan. Bolehlah di hidangkan..
Enak di makan dengan Kari Ikan@kari ayam...

Anak-anak aku kurang suka makan roti telur ni sebab intinya ada bawang dan cili..so, aku buat roti telur style mamak KL untuk mereka...kami suami isteri makan versi yang berbawang, rasanya tengahari ni sebelum keluar makan roti telur juga..tak payah masak dah..ehehe