Baru keluar dari oven...sluuurrrrpp!!!
Lepas buat post moterm...ekekekeke
Masa mula-mula tengok ayam panggang Noreen, aku teringat ngan Kenny Roger Roosted Chicken...aku jadi ngiller, adeh, mandi tak basah tido pun tak lena...nak jugak-jugak ayam KR, so aku terjumpa resipi ni kat satu blog mat salleh dan aku ubahsuai sikit, tapi sikit lebih kurang macam resipi Noreen...Sodap, makan dengan
Nasi butter , Mash potato dan salad campur... Terubat ler jugak rindu aku kat Ayam panggang KR tuh...jom layan resipi
Bahan1 ekor Ayam
1 sudu besar garam halus
3 sudu besar olive oil
lada hitam secukupnya
thyme secukupnya
CaraBasuh ayam bersih, keringkan, lap dengan paper towel hingga kering.
Ikat ayam di bahagian peha dan dada dengan tali parcel yang telah dibasahkan dengan air untuk memdapatkan bentuk ayam panggang yang cantik selepas di bakar.
Garam halus di bancuh sebati bersama dengan olive oil , oleskan ke atas ayam tadi dengan menggunakan berus di bahagian luar dan dalam ayam.Taburkan lada hitam keseluruh permukakan ayam, Biarkan seketika.
Panaskan oven suhu 450F/ berapa?C
Taburkan dengan thyme di permukaan ayam tadi, masukkan ke ddalam oven bakar selama 50-60 minint atau hingga ayam masak.
***enak di makan bersama gravy yummy..yummy
1 comment:
alamak ayam panggang mama vogue laei seksa mate nengok wah ala2 kenny rogers laie tak teringat ke kat muffin dio tu fulamak makan sambil jilat cup cases ahak
Post a Comment