Sunday, 24 February 2008

Cucur Bawang, Kuah Passembor


Di Penang, Gerai-gerai menjual cucur udang(bawang) cara begini memang biasa. Kalau di sebelah selatan semenanjung, cucur udang/bawang di makan bersama kuah cili sos tapi disebelah utara biasanya dimakan bersama kuah kacang atau kuah passembor. Aku pun dah terbiasa buat cucur bawang/udang cara utara kerana peberet hb aku. Ala-ala Rojak tapi lebih simple..

Apa yang di perlukan

  • cucur bawang/udang- biasanya aku letak hirisan bawang, daun kucai, taugeh, tepung, serbuk kunyit, garam dan air secukupnya(udang jika suka)
  • Hirisan daun salad dan timun- kalu ada taugeh pun best juga
  • kentang dan sosej- Bancuh tepung goreng pisang sedikit, celupkan kentang dan sosej dan goreng hingga kentang empuk dan sosej masak.
  • Tauhu-dihiris ikut suka
  • Telur rebus- Potong Baji
  • Kuah kacang biasa @ kuah passembor- Aku rekomen resipi di bawah, dah banyak kali aku buat memang ternyata ramai yang menggemari kuah passembor kakNismpb nih..kaknis, mamavogue mintak izan kopipes resipi kuah passembor key...ampooonnnn!!!
Kuah Passembor

Bahan

250 gm keledek, rebus hingga empuk, kupas kulitnya dan lumat (cheq pakai FP, sonang naa)
200 gm kacang tanah, sanggar, kupas kulit dan tumbuk halus
5 batang lada kering (jika mahukan pedas lagi boleh tambah), goreng sedikit minyak & tumbuk lumat
15 biji bawang kecil, tumbuk lumat
4 cawan air asam jawa dari segenggam asam
2 tbsp bijan, sangar
3 tbsp gula melaka, tambah jika perlu
4 tbsp minyak
Garam secukupnya

Cara:

1. Panaskan minyak di dalam periuk, tumis lada kering & bawang kecil hingga wangi.
2. Masukkan air asam dan keledek lalu kacau hingga rata. Tutup periuk.
3. Apabila hampir mendidih, masukkan gula melaka dan perasakan dengan garam.
4. Jika terlalu pekat, tambahkan air.
5. Akhir sekali masukkan kacang tanah dan bijan dan gaul hingga semua bahan sebati. Tambahkan garam dan gula melaka jika kekurangan. Tutup api apabila mendidih.

No comments: