Saturday, 16 February 2008

Harum Manis


Aku buat setengah adunan jer, sepatutnya gebu, montok dan gendut...tapi aku tak ada acuan kecil yang sesuai, ala2 cawan2 kecil nyonya tuh... so aku guna casing tart jer, jadi tak berapa nak gendutttt..., ahakkksss!!!...tapi tetap lembut dan gebu..
Resipi di cedok daripada Resipi.net

Bahan

  • 300gm gula melaka - aku guna gula merah sahaja
  • 350ml air
  • 3 biji telur
  • 200gm gula pasir
  • 350gm tepung gandum
  • 1/2 sudu teh baking powder(ayak bersama tepung)
  • 1 sudu teh soda bicarbonate(ayak bersama tepung)
  • 1/4 sudu garam
  • 1 sudu sen vanilla
  • 50gm mentega yang di cairkan
  • 8-9 biji pisang raja(hiris bulat, nipis)

Cara
  • Masak air dan gula melaka hingga larut dan tapis- biarkan sejuk
  • pukul telur dan gula hingga kembang
  • masukkan tepung yang telah di ayak bersama baking powder dan soda bicarbonate sedikit demi sedikit, gaul rata dengan spatula.
  • masukkan esen vanilla dan mentega cair, gaul sebati.
  • sapu acuan kecil dengan mentega.
  • Tuang adunan ke dalam acuan 3/4 penuh dan letakkan hirisan pisang di atasnya.
  • kukus selama 15-20 minit dan sejukkan- sedia untuk di makan...

No comments: