Monday 10 November 2008

Black Forest Cake

Amik resipi dari Allrecipe.com
tengok gambar lagik

Collage58

Bahan-bahan

265gm tepung gandum
400gm gula
65gm cocoa powder
7gm baking powder
3 gm baking soda
5 gm garam
3 biji telur
235ml susu segar
120ml minyak masak
15ml esen vanila

Filling

1 tin 'cherry in juice' (mcm buah laici dlm tin)
100gm gula
15gm tepung jagung
5 ml esen vanilla

Topping
710ml whipping cream
40gm gula icing

Cara



Filling ~ campurkan buah ceri dan juicenya sekali bersama gula dan tepung jagung ke dalam periuk. Masak dengan api yang kecil hingga pekat. Hendaklah sentiasa di kacau. Apabila dah pekat, masukkan esen vanilla gaul sebati. sejukkan.(boleh juga disediakan sehari sblm kejadian)

Panaskan oven 175C, grease tin kek berukuran 9inci. alas dasarnya dengan kertas kek.

Kek ~ (A) Dalam sebuah mangkuk, satukan tepung, gula, cocoa powder, baking powder , baking soda dan garam, sebatikan.

(B)Dalam sebuah bekas yang lain, campurkan telur, susu, minyak dan esen vanilla, pukul sebati.
Satukan A dan B, pukul hingga sebati(sahaja).

Masukkan adunan ke dalam tin kek yang telah di sediakan. Bakar selama 35min atau hingga masak.

Setelah masak, keluarkan daripada oven dan biarkan kek di dalam tin selama 10min sebelum di keluarkan daripada di letak di atas redai kek...sejukkan.

Setelah kek betul-betul sejuk belah kek secara melintang sebanyak keping..2 keping pun ok jugak!
Letak kek lapisan pertama (dasar) di atas kek board, sapukan di atas kek tadi dengan whipping cream kemudian letakkan filling di atas whipping cream dan diikuti dengan kek lapisan ke dua. Ulang proses yang sama di atas kek lapisan ke dua tadi dan di akhiri dengan menutup filling dengan kek lapisan ke tiga(bahagian atas sekali). Baki whipping cream, sapukan keseluruhan permukaan kek, hias mengikut kesukaan masing-masing. Baki filling tadi bolehlah di letakkan di permukaan kek sebagai hiasan.

Whipping cream ~ pukul whipping cream dengan gula icing dengan menggunakan mixer elektrik dengan kelajuan tinggi hingga bertanduk.


Faham ka? kalau pening tanya tau!

2 comments:

zaliana said...

huhuhu
subhanallah, betapa terliurnya tengok kek nih, nampak sedap dan cantik...mcm nak kena buat jek..mcm mano nak diet nih :p

Nanee Hamid said...

cntik lah!! tingin nk deco cenggini..tp nozzle pun xde lg psl xreti guna........=(