Wednesday, 19 November 2008

Puding Horlick

Ada balance horlick masa buat kek lapis aritu, aku buat puding ni...sedap puding ni lemak-lemak manis..Tapi aritu ada kesilapan teknik skit. Lepas jer masak aku trus buh ke dalam acuan. hasilnya lepas dah beku pudingku terbahagi kepada 2 lapis so rupanya dah tak cantik..sepatutnya aritu aku kacau dulu...biarkan suam-suam baru masukkan ke dalam acuan. Satu adunan puding dapat byk juga, anggaran dalam 2 loyang biasa. Aku buh dalam 1 loyang besar dan acuan-acuan yang kecik2. Sib baik dlm acuan yang kecik-kecik tu menjadi.. dari segi rasa memang marvelous...

horlick

Bahan-bahan ( 4 - 6 org )

  • sebungkus agar2 yg besar
  • 6 cwn air
  • 1 cawan gula halus
  • 1 tin susu pekat
  • 1 tin susu cair
  • 4 biji telur
  • 1 cawan horlick
  • 1 sudu besar tepung custard
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara

  1. masukkan agar2 dan air dlm periuk.biarkan agar2 larut dan masukkan gula dan sentiasa digaul sehingga mendidih.
  2. dlm mangkuk,pukul telur sehingga kembang.
  3. masukkan esen vanilla,susu pekat, susu cair dan tepung custard di dlm mangkuk telur td.
  4. setelah agar2 td larut, masukkan campuran telur ke dlm periuk. kacau perlahan.
  5. akhir sekali, masukkan horlick dan terus kacau sehingga horlick hancur dan larut. bila sudah masak,tuang di dalam acuan dan letak d dlm peti sejuk sblm dihidangkan.

2 comments:

HERTINY LAIMAN said...

Salam Kak,
Sedap nyer puding tu...nanti nak try buat juga ler..
salam sayang dari tiny d malaysia

Elva Ngalang said...

Selamat petang,tin susu pekat dan cair tu,yang kecil ke?