Tuesday 25 November 2008

Shredded Cheddar Cheese Cake

Collage70

Gambar yang pertama tu amik waktu malam, so gambar nampak macam bidadari sket sebab ada sinar-sinar pantulan cahaya lampu..Gambar yang ke 2 tu yang original amik kat tepi tingkap..

Malam tadi tempek gambar jer..
skrg ni baru nak letak resipi

Resipi kek ni aku ambil daripada Rumah s_shamen kat ostolia nuuu...kek ni memang merbelesss, texture dalam kek sangat gebu..permukaan kek pun cantik dan licin jer macam pipi pengantin yang dah kena tempek dengan bedak..tak merekah, kalau ada pun tersangatlah minimum. Pendek kata hasilnya sangat menggumbirakan hatiku, aku boleh bagi 5*.

Aku rekomen sgt-sgt pada sapa-sapa yang teringin nak cuba...thanks bebanyak kepada shamen kerana sudi share resipi nih.

Kek ni aku buat pada hari Jumaat lepas untuk menghadiri makan-makan di rumah kawan hb di Manchester(gambar atas)pada hari sabtu... memang mendapat pujian, dan ramai yang suka. Kembang ler montot ni kejap dek pujian-pujian tuh...ahakkkksss. Aku pun sempat rasa sepotong jer, nak ambil lebih- lebih seganlah pulakkan ehehehe ..macam buruk siku plak.

So, balik dari Manchester aku terus buat lagi 1/2 adunan untuk kami sefamily(gambar ke dua). Kali ni makanlah sampai terduduk...ngeh..ngeh..ngeh. Kebetulan pada hari ahad tu ada tetamu dari Bradford datang ke rumah aku, aku jamu kek ni jer sebagai desert.

(A)Bahan Kek

6 biji kuning telur
6 biji putih telur
75gm mentega(cairkan)
100gm gula halus
100gm tepung gandum
60gm tepung jagung
50gm air sejuk
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar ovallet
1 sudu teh esen vanilla.

Cara

Ayak Tepung gandum, tepung jagung dan baking powder bersama.
Grease loyang 8 inci, alat dengan baking paper.
Panaskan oven 150C
Pukul putih telur dengan sebahagian gula hingga kental(bertanduk)
Dalam bekas lain pukul kuning telur dengan baki gula bersama ovallate hingga kembang.
Campurkan adunan kuning telur ke dalam adunan putih telur,masukkan esen vanilla.. gaul rata.
Masukkan air sejuk dan tepung berselang seli, kaup balik rata.
Akhir sekali masukkan mentega cair, kacau rata.
bakar selama 35-40 minit. Biarkan beberapa minit di dalam loyang.
keluarkan dari loyang kek, sejukkan di atas redai kek.


(B)Bahan(butter cream)

250gm mentega(suhu bilik)
250gm shortening(vegetable fat)- suhu bilik
1 tin susu pekat manis~ kalau tak cukup manis boleh tambah lagi

Cara

Pukul dengan kelajuan tinggi sehingga putih dan gebu.

(C) Cheddar cheese secukupnya- di parut

(D) Penyediaan kek

Belah dua kek yang sudah sejuk secara melintang. Di atas kek board,Sandwichkan kek tadi dengan meletakkan buttercream di tengah-tengah diantara 2 bahagian kek yang di potong.

Sapu menutupi seluruh permukaan kek dengan baki buttercream.
Taburkan parutan cheddar cheese menutupi keseluruhan kek. Siap!!!

2 comments:

are said...

weeknd ni MESTI buat ini kek...dah rasa lemak2 kat tekak ni.

Shafidah Shamen said...

arghhhhhhhhh nak buat jugakkkk! dah lama tak buat nihhh :D