Sunday, 16 November 2008

Fondant

First time cuba-cuba....alhamdulillah menjadi, tapi blum khatam lagi ahakssss!!!

Aku guna resipi SL,

Masa aku buat aritu ada sedikit kekeliruan ler, bukan silap sapa-sapa cuma aku yang tak baca dan fahamkan resipi betul-betul...lepas dah siap, dah uli gebu-gebu gitu fondant ni aku amik skit buat main-main..(bunga kat dlm gambar) yang lebihnya aku balut dalam cling film, pas tu aku masukkan dalam bekas kedap udara kemudian aku simpan dalam fridge.

Kuar dari fridge ,manggg aiii fondant aku jadi keras macam batu, nak terkuchilll aku menguli semula..Dalam keterkuchilan aku tu dapat jugaklah aku buat shape kolar baju ,poket dan tie untuk deko kek birthday hb, kira orait ler kan..

Sepatutnya tak payah letak kat dalam fridge, biarkan jer kat suhu bilik ...huhuhu. Anyway aku anggap ini sebagai satu pengalaman dan pengajaran..lenkali tobat aku tak masukkan fondant dlm fridge!

fondant

750 gm gula icing - diayak
10 gm gelatin
3 sudu besar air
1 sudu teh shortening - dicairkan
1 sudu teh gliserin
3 sudu teh liquid glucose

Cara membuatnya:
- Masakkan gelatin dengan air sehingga gelatin larut sepenuhnya.
- Masukkan gliserin dan liquid glucose dan kacau. Pas tu masukkan shortening
- Terus angkat dari api dan kacau hingga sebati.
- Masukkan gula icing ke dalam adunan tadi dan kacau.
- Teruskan menguli sehingga ia menjadi doh dan tidak melekit.
- Jika lembik, tambah gula icing dan jika keras, boleh tambah air atau shortening.
- Simpan doh dalam zipper bag dan letak dalam container.
- Sebaiknya biarkan doh sehingga lebih 12 jam.

1 comment:

sweetlilly said...

wohoooo tuan umah... cantik dah pondan tu.. untuk yang pertama kali memang dah berjaya.. tahniah.. ishhh tapi memang lawa ler..