Thursday 25 June 2009

Putri Ayu

Photobucket

Buat kali ke dua resipi ni...first time tak sempat nk amik gambo sebab dah kena ngap...sedap...lembut...gebu...huhuhu.
Esoknya pun tetap maintain lembut dan gebu, tak payah susah-susah nak kukus semula.
Acuan ni aku beli kat Ebay.co.uk

sila layan gambar dulu...tuan rumah nak masak jap....:)

Taraaaa...resipi macam biasa, cilok kat MyResipi :)

satu adunan haku bg 2, satu bhgn aku letak pandan paste,
satu lagi aku buh serbuk koko(konon2 utk bebudak)...
tapi macam biasa yang laris dan habis dulu tentulah yang warna hijau...
bebudak pun tak berkenan yang cekelat :(...
maklum ler bebudak kat sini mkn cheese ngan roti jer...muahahhah.
kuih ni aku bawak ke majlis makan-makan kat rumah kawan..
bila aku tanya salah sorang yang suka makan kuih ni kenapa depa tak amik yang warna coklat...depa jawab, dah terbiasa sebab mula2 kenal kuih ni mmg warna hijau...


5 biji telur
250gm tepung gandum
300gm gula
2 camca teh ovalatte
1 camca teh baking powder
250ml santan
pewarna hijau
2 camca teh pandan paste
kelapa putih(gaul dengan garam dan 1-2 sudu besar tepung ubi)

panaskan kukusan
pukul telur,gula,ovalette hingga kembang dan gebu.
masukkan santan ,tepung, baking powder,pandan paste dan pewarna...kacau sebati.
sapu minyak pada acuan, masukkan kelapa dibahagian bawah acuan dan mampatkan
tuang pula adunan, kukus selama 5 minit
keluarkan daripada kukusan, sejukkan sedikit sebelum keluarkan daripada acuan.

1 comment:

Unknown said...

salam rozie..masak jangan tak masak ye..duduk negara orang kenalah masak..betul tak?