Thursday, 3 January 2008

Agar-agar Berkuah



Satu lagi Resipi malas-malas sayang...!!! Campak-campak jer, tak ada sukatan

Bahan yang diperlukan
  • Agar-agar tali, pewarna merah,sebiji putih telur,daun pandan dan gula
  • 1 tin fruit coktail, susu segar, susu pekat manis, gula dan 1/2 sudu besar tepung jagung
Cara
  • Buat agar-agar merah~rebus agar-agar tali hingga larut bersama daun pandan, masukkan gula secukup rasa dan pewarna merah. Tutup api.
  • sementara itu pukul putih telur yang di ambil daripada sebiji telur hingga berbuih halus.
  • Sambil memukul telur, tapis dan masukkan agar-agar merah yang masih panas tadi ke dalam adunan, pukul dalam masa 3-5 minit. Buih-buih halus akan terbentuk di atas permukaan agar-agar merah tadi.
  • masukkan dalam loyang~ sejukkan.
Kuah Koktail
  • Panaskan 1/2 periuk susu segar bersama air dalam tin fruit coktail.
  • Campurkan 1/4 tin susu pekat manis, kacau.
  • Rasa , kalau tak manis tambah ler gula.
  • Bancuh 1/2 sudu besar tepung jagung dengan sedikit air. kacau jangan sampai hangus.
  • Akhir sekali masukkan buah2 campuran dalam tin..angkat dan sejukkan

No comments: