Saturday, 19 January 2008

Soto Ayam


Lagi satu kes malas nak menaip...kopipes jer...resipi soto ayam DianA @myresipi. Aritu jengah blog Alis@sukamakanjer FP, terliur ler pulak tengak soto ayam dia, so tanpa berlengah lagi semalam aku pun buat ler soto ayam, walaupun tak cukup bahan sebab tak ada taugeh dan kacang goreng tapi cukup ler untuk melepaskan gian...salah satu peberet aku ni, semua yang berasaskan sup memang peberet aku sejak azali !! Resipi ni memang kelas cukup serba serbi...

Bahan-bahan ( 12 orang )

  • 6 bungkus lontong ADABI yang telah dimasak
  • 2 ekor ayam, dibelah empat
  • 3 - 4 liter air
  • 1 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan serbuk ketumbar
  • 2 sudu teh serbuk jintan halus
  • 2 sudu teh serbuk lada putih
  • 3 batang serai, dititik
  • lengkuas sebesar ibu jari, dititik
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 5 tangkai bunga cengkih
  • garam secukup rasa
  • 1 cawan minyak untuk menumis
  • Bahan untuk Dikisar
  • 3 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • Bahan untuk Sambal Kicap
  • 5 batang lada merah
  • 20 biji lada padi merah thai
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan kicap lemak manis
  • Bahan Hiasan
  • bergedil
  • taugeh yang telah dicelur
  • daun sup, dipotong halus
  • bawang goreng
  • sambal kicap
  • ayam, yang telah disiat-siat

Cara-cara

  1. Panaskan minyak didalam periuk. Masukkan rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) bersama serai dan lengkusa yang telah dititik. Tumis rempah yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus dan lada putih, gaul hingga sebati. Masukkan santan gaul sebati dan tuangkan air dan masukkan ayam. Masak sehingga kuahnya mendidih dan ayam masak.
  2. Cara membuat Sambal Kicap - Kesemua bahan itu masukkan kedalam alat pengisar dan kisar halus. Sedia untuk digunakan.
  3. Cara menghidang - Potong lontong dadu besar dan letakkan daging ayam yang telah disiat bersama taugeh dan tuang kuahnya. Hiaskan dengan daun sup, bawang goreng, bergedil dan sambal kicap.

1 comment:

zaliana said...

errmm..sedapnya soto tu rozie...
ni nak jawab pasal roti world tu..masa belum bakar, bentukkan semula roti .sebab dia dah kembang dan mengeleber ke tepi kan. Lenyek doh dan bulatkan semula, pastikan adunan tu bulat dan melonjong ke atas sikit. ni za buat supaya bila dah bakar, dia takde lah meleper sangat, elok aje bulat nya ..rozie cubalah ya.