Tuesday, 22 January 2008

Tat Telur

Bawak pi kenduri hari ahad yang lepas. Resipi Hanis@myresipi

Bahan-bahan ( 30 keping )- aku dapat 40 keping

  • PASTRY
  • 200g butter
  • 80g gula aising
  • 360g superfine flour
  • 1biji telur
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • FILLING :
  • 1 cawan susu cair - aku guna fresh milk
  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar tepung kastard - aku guna 2 sudu tepung jagung , tpg kastad x ada dlm stok
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • pewarna kuning

Cara-cara

  1. Pukul butter dan gula sampai kembang.
  2. Masukkan telur sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan tepung sampai jadi doh.
  4. Ratakan setebal 1/2 cm dan terap dalam acuan.
  5. Cucuk dengan garfu supaya tidak kembung. Dan bakar selama 10min pada suhu 180.
  6. Keluarkan dan masukkan filling. Bakar lagi 10 min.
  7. Untuk filling. Campurkan semua bahan dan gaul hingga sebati.

* boleh gunakan susu segar, tapi perlu ditambahkan sukatan tepung kastad atau dikurangkan air

2 comments:

Mat Gebu said...

Cun leer tat telur tu, tapi cun lagi piring dia...hehehe

umi_e said...

rozie... nak lah sikit egg tart tu:p eehhhh pesal kak e tak nampak ruang chat arrrrrr ke mata kak e yang kelabu sebab gelap je kat umah rozie ni:p :D hehehehehe