Tuesday, 6 November 2007

KEK LAPIS Hanieliza



Jalan-jalan ke dapur Hanieliza, aku terjumpa resipi ini, Antara kek lapis yang mudah dan jumlah telur yang sedikit(mungkin juga 1/2 adunan)...rasanya boleh tahan , tapi aku kurangkan 25% jumlah gulanya....saiz kek lagak kecil sedikit <> 5"x5" loyang kek, kali ini aku gunakan prune....lepas dah faham teknik pembuatan kek lapis belajar daripada sifu pah_sherry, aku makin syiokkkk buat kek lapis ahakkkkkssss...TQ kakpah!!!

BAHAN

Bahan A [Dipukul kembang dan ringan]
250 gm susu pekat
250 gm butter

Bahan B
6 biji telurSEJUK gred A [kalau gred B..gunakan 7 biji]
1 cawan gula hanlus
2 cawan tepung Naik Sendiri
1 s/k Vanilla
1 s/k ovallate

Bahan C
Kurma/asam flake/prune/kismis/coklat chips

CARA

1. Pukul gula dan telur satu persatu sehingga kembang dan ringan bersama ovalate..
2. Masukkan bahan A
dan esen vanilla. Kacau rata.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis.
4. Panaskan oven api atas [suhu 170'C]
5. Masukkan 2 sudu besar adunan dalam loyang yg telah dilapikkan kertas minyak.
6. Bakar sehingga masak [10 minit]
7. Lapiskan dengan apa2 pilihan bahan C.
8. Ulangkan step sehingga adunan habis.



1 comment:

SHERRY HANI said...

Wahhh..cantik le rozie.. kalu kt swk kek ni dipanggil kek masam manis (guna buah masam manis tu: flakes).. dah terror le rozie buat.. leh wat bisnes ni...hehehehehe...
Sama2 Rozie..ilmu klu dikongsi bersama... berkat!