Thursday, 1 November 2007

Sos Cili Sempoi


Resipi campak-campak...selama ni aku tak pernah sukat, tapi kali ni aku cuba !!!
sedap dimakan bersama tauhu sumbat, keropok lekor,popia goreng mahupun nasi ayam

Bahan

1/2 cawan cili kering blend
2 ulas bawang putih~ blend
1/2 cawan air
1/2 cawan air asam jawa
1 sudu besar tepung jagung(opional) ~ bancuh dengan sedikit air
garam dan gula secukupnya

Cara

-Renihkan cili kisar, bawang putih, garam dan air seketika dengan api kecil selama lebih
kurang 5-10 minit.
-Masukkan air asam jawa, biarkan mendidih.
-Perasakan dengan gula.
-Masukkan tepung jagung, kacau hingga agak-agak pekat.

2 comments:

Jun :) said...

masak campak2 ni mmg best..kdg2 rasa lagi ummphh dr ikut resepi betui2..cuma jgn campak luar kawasan...puas nk mengemas, heheh

Rozie said...

kehkehkeh...kak jun, kengkadang tercampak luar kawasan gak bila kelam kabut nak masak anak dok kat tepi telinga merintih....adoiiii, tensen!!!