Sempena nak meraikan hari special *ehem-ehem* hari isnin ni, aku rancang nak buat satay, tapi faham-faham jer lah kalau hari isnin semua orang busy...anak aku Ryan pun akan pergi trip hari isnin tu nanti, mesti diaorang letih dan tak ada mood nak layan !!! so, atas persetujuan ahli family aku awalkan sikit acara makan satay pada hari ini, Sabtu.
Resipi satay aku dapat daripada mak lang aku...rasanya dah hampir 15 tahun aku guna resipi tu, tiap kali Hari Raya mesti kena buat!!! ringkas saja resipinya...semenjak dua menjak ni aku dah rojakkan resipi maklang aku ni dengan resipi kawan-kawan yang aku ada...((((ampuuuunnnn maklang))))... selama ni aku tak da sukatan tertentu untuk ramuan satay~ ala-ala resipi campak-campak gitu!!!
Bahan
2 ekor ayam ~ saiz kecil
*6 ulas bawang merah
*5 ulas bawang putih
*1 inci halia
*1/2 inci lengkuas
*3 batang serai
*1 inci kunyit hidup/2 sudu besar kunyit serbuk
2 sudu besar madu
1 1/2 sudu besar ketumbar ~ sangai**
1 sudu besar jintan manis~ sangai**
1/2 sudu besar jintan putih~ sangai**
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar minyak bijan
garam dan gula secukupnya
bahan lain: bamboo skewer secukupnya ( rendam dalam air semalaman atau sekurang-kurangnya 2 jam supaya lidi tak mudah terbakar ketika membakar satay)
~ minyak kuah kacang, serai yang dititik: untuk di sapu ketika membakar satay
Cara
-Kisar bahan *
-kisar bahan ** menggunakan pengisar kering.
-Lapah ayam, ambil dagingnya sahaja, potong kecil-kecil, cuci dan toskan airnya.
-Gaulkan ayam bersama semua bahan-bahan di atas (kecuali pencucuk satay....ahakkksss)
-Perap selama 2 jam, cucuk ayam pada lidi satay...
-Seelok-eloknya simpan di dalam peti sejuk semalaman, biarkan terendam di dalam lebihan
bahan perap.
-Bakar sambil percikkan minyak kuah kacang
-Hidangkan bersama nasi impit , timun, bawang dan kuah kacang...
**Jika tak mahu disangai jintan manis, ketumbar dan jintan putih ok ajer tak jadi masalah...tapi pada pendapat aku kalau di sangai baunya lebih harum!
No comments:
Post a Comment