Daripada pengamatan mata, deria rasa, ketidakpuasan hati dan sedikit pengalaman yang aku ada ...aku telah berjaya menghasilkan pizza klon daripada Pizza hut......kwang...kwang...kwang!!!
Doh Pizza
Bahan doh
1 cawan air
1 sudu besar butter yang dicairkan
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 3/4 cawan tepung roti
1 sudu kecil yis kering
Bahan topping
campuran mozarella cheese dan cheddar cheese
oregano/mixed herb
sos putih
tomato puree
kapsikum ~ potong kiub
bawang~di hiris
ayam/daging/udang/tuna atau apa sahaja yang menjadi peberet!!!~ masakkan dahulu sebelum di tabur di atas pizza
Cara
-Masukkan semua bahan ikut turutan senarai di atas ke dalam breadmaker, pilih setting dough
dan tunggu proses selesai.
-Doh yang telah siap di keluarkan daripada breadmaker, tumbuk-tumbuk sedikit.
-Bahagikan kepada 3 bahagian, setiap satu dicanai membentuk bulat... buat nipis-nipis( lagi
nipis lagi best) dan letakkan di atas pizza pan(((( faham ker?))))~ biarkan seketika supaya ia
mengembang sedikit dan permukaannya menjadi agak licin.
-Setelah doh kembang, sapukan tomato puree di atas seluruh permukaan base pizza~ jangan
terlalu banyak, sapuan nipis sahaja.
-Sapukan pula sos putih di atasnya lagi~ yang ni lagi banyak lagi sedap!!!
-Tabur ayam/daging/udang atau lain-lain mengikut kesukaan.
-Letakkan taburan kapsikum diatasnya
-Taburkan pula campuran mozarella & cheddar cheese menutupi ayam/daging/udang dan
kapsikum tadi
-Jangan lupa letakkan oregano/mixed herb
-Akhir sekali taburkan hirisan bawang di atasnya
-Bakar pizza denga suhu 200c hingga masak
Macammana nak buat sos putih mama vogue?
Bahan
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar butter
1 1/2 cawan susu
segenggam parutan cheddar/mozarella cheese
Cara
-Panaskan butter dalam periuk
-Masukkan tepung , biarkan seketika~ sentiasa di kacau agar tidak hangus
-Masukkan susu, kacau hingga adunan pekat.
-Campurkan cheese, kacau sebati hingga cheese larut.
-sejukkan
No comments:
Post a Comment