Bila ghairah mencuba dan buat pelbagai eksperimen memasak makanan yang rumit-rumit, kadang-kadang kita lupa macam mana nak buat makanan yang senang-senang ni. Lebih-lebih lagi senang nak dapat bekalan yang segera di pasaraya...
Meh ler kita buat nasi impit sendiri, Aku belajar buat nasi impit ni lapan tahun dulu selepas aku berkahwin daripada mak aku...maknanya sejak lapan tahun itu aku memang tak pernah beli nasi impit segera....
Bahan1 pot beras
3 pot air
1 sudu besar minyak masak
1/2 sudu kecil garam
daun pandan
Cara-Basuh beras, masukkan semua bahan dalam periuk dan masaklah nasi macam biasa
menggunakan rice cooker ataupun cara manual.
-Bila nasi sudah benar-benar masak, buangkan daun pandan.
-Ketika masih panas , masukkan nasi ke dalam plastik tahan panas atau loyang,
padat-padatkan/tekan-tekankan nasi tadi supaya tiada ruang-ruang udara di dalamnya dan
ratakan.
-Biarkan sejuk sedikit sebelum di masukkan di dalam fridge.
-Bila sudah betul-betul sejuk bolehlah dipotong dan hidangkan bersama kuah kacang dan
rendang ayam...mmm sodap!!!
No comments:
Post a Comment