Lately aku terrrr rajin sket bab lapis melapis ni , malam tadi aku try ler resipi
Dari Dapur KaknisSebabkan terlebey rajin, konon- konon nak hasilkan lapisan yang halus-halus tapi akhirnya langsung tak nampak lapisan!!!! cehhh, loteh tul acik!!! Kalau aku buat lapisan kuning- hijau mungkin boley nampak itu lapis!!!...
Tak ada salahnya pada resipi kaknis tu, Resipi ni memang kelassss...cukup serba serbi!!! cuma aku jer yang silap teknik....anyway tak per la ,sekurang-kurangnya aku belajar daripada kesilapan.
Bahan-bahanA1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
3/4 cawan gula
3 cawan santan
1 sudu kecil garam
B1/2 cawan jus pandan
pewarna hijau
C1/2 cawan air
Cara-Gaul semua bahan A, tapiskan.
-Bahagikan adunan kepada 2 bahagian
-Masukkan jus pandan dan pewarna hijau ke dalam bahagian 1
-Tambah 1/2 cawan air ke dalam bahagian kedua untuk mendapatkan kecairan yang sama
dengan bahagian 1
-Panaskan kukusan, sapu minyak pada loyang
-Kukus selapis demi selapis adunan berselang seli warna.
1 comment:
Eh....pakcik guna kanta pembesar tadi nak tgk lapis2 dia..memang ada dan halus2, maklumlah org dah biasa melapis kek lapis sarawak...tu pasal semuanya halus2!!!!
Post a Comment