Bahan-bahan untuk Doh ni aku cilok
mat gebu punya dalam MyR ...Ampoooonnn mat!!!!
Bahan untuk Doh120ml Air
30gm telur
10gm susu tepung
40gm mentega/ shortening
40gm gula kastor
250gm tepung roti
1/2 camca teh garam
1 camca teh yis kering
inti kelapa secukupnya- di bulat-bulatkan
telur(pukul sedikit) bersama sedikit susu segar serta bijan(hiasan)
Cara-Masukkan bahan-bahan ke dalam breadmaker mengikut mana yang terdahulu di dalam senarai bahan-bahan, pilih setting untuk doh...tunggu hingga selesai.
-keluarkan doh yang siap dicanai, tumbuk-tumbukkan doh untuk keluarkan anginnya.
-Bahagikan doh kepada 6-8 bahagian, bulat-bulatkan. Rehatkan sehingga doh naik 2 kali ganda.
-Canai setiap doh,letakkan inti kelapa di tengah , bulatkan semula. letak di atas dulang pembakar. Biarkan naik 2 kali ganda.
-Sapukan permukaan roti dengan telur yang dicampur dengan susu tadi, taburkan sedikit bijan
-Bakar 160c selama 10 minit atau hingga roti masak.
No comments:
Post a Comment