Sunday 18 November 2007

Kerabu Epal Hijau


Idea asal daripada seorang kawan di Perlis, Fiza a.k.a Gaban...thanks Gaban for the resipi

Bahan

sebiji epal hijau
1/2 biji lobak merah
1 biji tomato
sejemput??(anggaran 10-15 ekor) udang kering/ikan bilis ~ disangai
1/2 inci belacan ~ dibakar
3 ulas bawang kecil ~ dimayang halus
10 tangkai cili api ~ hiris nipis
segenggam kacang tanah ~ goreng tanpa minyak
5 tangkai daun koriander ~ dimayang halus
2 sudu besar perahan lemon/limau nipis
1 sudu besar sos ikan (optional)
garam dam gula secukup rasa
Cara

-Epal di racik memanjang, jangan terlalu nipis kerana epal mudah lembik.
-Lobak merah di racik memanjang , potong nipis
-Tomato di potong memanjang/potong kiub( ikut suka)
-Kacang tanah di tumbuk kasar
-Timbuk udang kering yang telah disangai bersama belacan yang telah dibakar
-Masukkan semua bahan di dalam satu bekas
-Gaul semua bahan di atas, sesuaikan rasa masam, masin dan manis
-mmmm...mak mertua lalu pun tak perasan!!!

1 comment:

noreen said...

aik dah duduk jauh2 nie epal pun buleh jadi kerabu ahak tapi mmg nampak mengancam nak2 taim snow nie hah mau kebas satu badan