Garing di luar, lembut di dalam....yummy...yummy!!!
Bahan
1 1/2 cawan kacang dhal ~ rendam semalaman
1/2 biji bawang besar di cincang
2 biji telur~ pukul sedikit
1 sudu teh garam halus
4-5 tangkai cili api dihiris nipis
Daun kari(optional)
minyak untuk menggoreng(kaedah deep fry)
Cara
-Toskan kacang dhal, kisar menggunakan blender cili tanpa menggunakan air.(tak perlu terlalu lumat)
-masukkan bawang ,telur, garam dan cili api. Gaul sebati.
-Panaskan minyak. goreng daun kari untuk mendapatkan aroma yang mengiurkannnn!!!
-Bentukkan masalavadei satu persatu dan terus masukkan ke dalam kuali panas tadi .
-Goreng hingga kekuning-kuningan~ boleh lah di ngap!!!
2 comments:
kak, nak tanya skit. kalau kisar guna food processor boleh tak?..maklumlah kita selalu pi beli jee...
no
komen lah mat, rasa2nya boleh ler...akak guna blender cili tu jer, food prosesser masih berkilat kt dlm kotak!!! ngehngeh
Post a Comment