Wednesday, 13 August 2008

Ayam Panggang Berseri

Resipi Kak ummi, macam terliur tengok ayam panggang kak ummie tertenggek jer atas pinggan..so, aku pun cuba ler buat 1/2 ekor saja...makan dengan nasi mnyak, dalca dan jelatah(lately teringin nak makan nasi kenduri,...huhuhu)..tapi, apasal rupa ayam panggang aku tak sama macam ayam panggang kak ummi?...anyway,yummy..yummy..

panggang

Kopipes jer...

Bahan:-
1 ekor ayam - dibelah 4 atau 8
6 tangkai daun ketumbar - kisar
1 sudu kecil lada hitam - tumbuk
2 ulas bawang putih - kisar
2 sudu kecil jus limau
2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar madu
2 cm halia - kisar
Garam secukup rasa

Cara Memasak:-
Bersihkan ayam dan toskan. Perapkan ayam dengan semua bahan selama setengah jam. (*ummi masak sebentar ayam bersama bahan perap dalam kuali dengan api perlahan) Bila setengah masak baru ummi bakar). Sediakan alluminium foil dan letak ayam serta lebihan bahan perap. (tak perlu tutup foil). Bakar pada suhu 180 deg Celcius selama 35 - 40 minit. Balikkan ayam bila separuh waktu memasak dan pastikan ayam masak seeloknya.

2 comments:

r@tn@ said...

salam ziarah mama vogue! respi kat sneh pon sume vogue2 belake..best!

rahimin idris said...

akak ni chef ke? kenal chef wan? bukan wan selebriti tu. chef wan two three..hehehe gurau je..jangan marah ek!