Monday 11 August 2008

Chocolate moist cake

Resipi Zalisa@myresipi
sedap resipi nih, tak rugi mencuba..Aku tolong buatkan untuk Ruhil semalam sempena birthday anaknya Daniell yang ke 3 tahun..

coklat

kopipes jer....

  • Bahan A
  • 21/2 cwn tepung gandum
  • 1 cwn serbuk koko
  • 11/2 tsp soda bikabonat
  • Bahan B
  • 4 biji telur
  • 2 biji kuning telur
  • 11/2 cwn air
  • Bahan C
  • 11/4 butter
  • 2 cwn gula halus
  • TOPPING
  • 250g coklat masak
  • 135ml whipping cream
  • 10g butter

Cara-cara

  1. Ayak kesemua bahan A dan gaulkan hingga sebati.
  2. Campurkan kesemua bahan B dan kacau hingga sebati.
  3. Pukul bahan C sehingga kembang
  4. Masukkan bahan A & B sedikit demi sedikit ke dalam bahan C secara berselang-seli. Pukul hingga sebati.
  5. Tuang adunan ke dalam acuan bulat berukuran 10" yang sudah disapu dengan minyak dan dialas kertas.
  6. Bakar pada suhu 180'C selama 1 jam atau sehingga masak.
  7. Keluarkan kek daripada acuan dan biarkan sejuk.
  8. Sementara tunggu kek sejuk, buatlah toppingnya pulak.
  9. Cairkan coklat masak menggunakan kaedah 'double boiler'.
  10. Masak whipping cream sehingga mendidih. Masukkan ke dalam coklat masak dan pukul hingga pekat.
  11. Masukkan butter dan kacau hingga sebatilah.
  12. Biarkan sejuk sblm diratakan ke atas kek.

No comments: