Selama ni tiap kali jalan-jalan window shopping, mesti singgah ke Gregg Bakery, di situ ada cheese and Onion yang tersangattttt lah lazatnya...kali ini aku try buat sendiri, masa shopping barang dapur hari sabtu lepas, selepas ku telek...kubelek maka aku terjumpalah pastry dough yang dah siap di roll...so aku dapat idea nk try buat sendiri. Daripada pengamatan aku, kalu aku bagi cheese and onion pasty kat Gregg 5*, makanya hasil eksperimen olahan aku kali ni aku bagi 4*(perasannn...huhuhu)...anak-anak aku suka bangettt.
Bahan
100gm cheese( cheddar/parmesan/mozarella)
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar butter
1 labu bawang besar(cincang)
1 cawan(250ml) susu segar
puff pastry secukupnya
Cara
Inti
Panaskan butter,
tumis bawang cincang hingga naik bau
masukkan tepung gandum..goreng 1 minit.
masukkan susu segar, kacau hingga mendidih dan pekat
masukkan cheese, kacau lai hingga cheese cair.
sejukkan.
Penyediaan pasty
-Sapukan baking tray dengan butter, gelek puff pastry setebal agak-agak dalam 1/2cm, potong ikut bentuk dan saiz kesukaan masing-masing..
-**Ambil 2 keping saiz yang sama, satu daripadanya letakkan dalam baking tray, bubuh inti di atasnya. Tutup di bahagian atas dengan sekeping lagi doh puff pastry, kelim bahagian tepi
dengan menekat menggunakan garfu.
-**Kelar di bahagian atasnya dengan hujung pisau yang tajam,untuk hasilkan pattern sukahati masing-masing. ulang proses ** hingga habis
-Bakar dengan suhu 180C selama 30/40min- bergantung kepada oven masing-masing.
kalau nak dapatkan permukaan pasty yang cantik berkilat, sapulah dengan susu segar...(aku tak sempat buat, sebab dah selamat masuk dalam oven baru teringat...)
PAKAI TONGKAT DAH
3 weeks ago
No comments:
Post a Comment