ada dua resipi yang aku suka setakat ini..kedua-duanya hampir sama, cuma resipi 1 ada minyak sapi.2-2 resipi ni aku dah cuba.
Aku cuma buat 1/4 adunan sahaja...
Resipi 1Tart Nenas Minyak sapi-Koleksi Resipi Dapur OgyInti(Jem nenas)
2 biji nenas
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah
pewarna kuning
**parut nenas , masukkan dalam periuk bersama pewarna kuning,gula pasir dan gula merah. masak hingga kering.
Pastri
2 cawan mentega
1/2 cawan minyak sapi
2 sudu makan gula
2 biji kuning telur
sedikit pewarna kuning
600gm tepung gandum(ikut kelembutan)
Cara
Kacau mentega, minyak sapi, gula dan kuning telurhngga kembang
masukkan tepung sedikit-sedikit, uli hingga menjadi doh(boleh tambah atau kurangkan tepung, ikut keperluan)
Rehatkan selama 10-20 min
tekan adunan dalam acuan kuih sempret, letak jem dan gulungkan.
Sapu kuning telur di atasnya.
bakar 180C selama 10-15 min(hingga masak)
Resipi 2Tart Gulung - Resipi ZalianaJem Nenas - bulat-bulatkan saiz kecil
300-340gm tepung gandum
40gm tepung jagung
250gm mentega
1 biji kuning telur
40gm gula icing
Cara campurkan mentega , gula icing dan kuning telur. kacau sebati.
Masukkan tepung sedikit-sedikit hingga menjadi doh(tepung boleh di tambah atau di kurangkan ikut kesesuaian). Masukkan ke dalam acuan sempret, letak jem dan gulungkan.
sapukan kuning telur di atasnya..
5 comments:
Salam rozie,dah start buat kuih raya ke?
nas@ lets dine out@ ina kegworth
Nas...tak adalah,awal lagi nak buat kuih raya pun, cuma buat xperiment dan mencari resipi yang mengancam2 buat himpunan... I mmg suka sgt buat kuih raya, tapi mkn x berapa suka ... buat masa ni tgn x cukup lembut nak hasilkan cookies yg kiut miut tuh, bila dah cukup ilmu di dada mana tau nak berbisness plak...ekeke
wah2..
ini kuih raya ni, utk raya ganti puasa ke?? :p
awal sungguh akk ber-kuih raya!! :)
takmo resepi.. nak kuihnya terus. mwuahahhaaaa...
Salam Rozie..Amboii rasa cam nak raya masuk dpur dia..rajin sungguh wat tart nih!
Nanti datang rumah akak amik award ek..
Post a Comment