Wednesday 20 August 2008

Puding Tauhu

ubah suai mengikut apa yang ada dalam simpanan....aku guna agar-agar powder, sukatan pun aku dah ubah suai, Laici tak ada, so aku tukar dengan fruit coktail..ampunnn!!! kepada empunya resipi
Resipi di bawah adalah resipi asalnya(kopipes jer)..TQ, kak Nor_67 berkongsi resipi.

Collage23


Bahan-bahan ( ramai yg boleh makan )

  • 1/2 paket agar2 strip (direndam ,pastu toskan)
  • 1 1/4 liter air
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 tin kecil susu pekat manis
  • 1 tin susu cair
  • 4 sudu besar gula
  • 2 helai daun pandan - disimpulkan
  • Untuk kuahnya:
  • 1 tin laici - laici tu di siat2kan
  • 2 tin air (gunakan tin laici sbg sukatan)
  • 8 sudu besar gula ( bg penggemar manis bolehlah lebihkan ikut citarasa sendiri ya)
  • 3 sudu besar perasa laici (spt brand tamin) - yg ni optional, tak letak pun tak apa, cuma nak lebihkan rasa laici jer kuah dia

Cara-cara

  1. Mula2 buat kuah dia supaya cepat sejuk. Bila dah sejuk skit boleh lah letak dalam peti ais. Masukkan kesemua bahan utk membuat kuah kedalam periuk (termasuk air laici) dan masaklah hingga mendidih. Rasakan sendiri manis dia mengikut citarasa anda ya..
  2. Untuk membuat tauhunya, masakkan agar2 dengan air hingga mendidih dan larut agar2 tadi. Masukkan sekali gula dan daun pandan.
  3. Satukan santan dan kedua2 susu dalam sebuah bekas. Kacau hingga sebati.
  4. Masukkan adunan susu kedalam periuk berisi agar2 dan masaklah hingga mendidih, jgn lupa mengacaunya ya.. Bila dah mendidih terus padamkan api dan jgn biarkan mendidih lama takut nanti pecah minyak.
  5. Biarkan hingga suam2 kuku dan hendaklah ditapis sebelum dicurahkan ke dalam loyang atau bekas acuan kecil2. Jgn sekali2 tuang kedalam loyang ketika masih panas kerana nanti akan terbentuk lapisan yg tak cantik (dan tak sedap nak makan)kat atasnya.
  6. Bila dah sejuk, masukkan kedalam peti ais. Bila nak menghidangnya, cedukkan dgn senduk kedalam bekas(spt taufo fah) dan letakkan laici dan kuah ke atasnya.

1 comment:

hertiny said...

Salam Kak,
sedap puding ni...Tiny tak balik kg. hubby je yg balik. tiny bz giler2, sabtu ahad lepas ada class, isnin sampai hari ni ada kursus buat kek.Sabtu Ahad depan ada class + exam... hubby buat muke sposen je..kesian gak tiny tgk...nanti nk try lah buat puding ni..SODAP